Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Lelaki Maut Dalam Buaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Lelaki Maut Dalam Buaian


Bayi lelaki maut dipercayai lemas selepas mukanya tersembam bantal ketika tidur dalam buaian di rumahnya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini.

Kejadian 7.30 pagi itu disedari ibunya, Melati Mohammad, 32, yang baru pulang dari kerja di kilang.

Menurut Melati, dia terkejut apabila melihat anaknya, Faris Dayyan Qhumainy, empat bulan, tertiarap dengan mukanya tersembam bantal.

"Anak bongsu saya itu sudah tidak sedarkan diri serta pucat dan kami kemudian membawanya ke Hospital Balik Pulau.

"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, anak bongsu daripada empat beradik itu baru boleh meniarap sejak tiga hari lalu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f6Zemg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.