Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘FLIP FLOP’ AMANAH: ZUHDI HANYA BERMIMPI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘FLIP FLOP’ AMANAH: ZUHDI HANYA BERMIMPI

SHAH ALAM – Jangkaan Pas yang Amanah bakal hilang sokongan ahli kerana pendirian parti berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) menyiasat Tragedi Memali hanyalah ‘mimpi’.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki tidak turun padang melihat sendiri sokongan rakyat ke atas mereka.

Justeru katanya, mustahil Mohd Zuhdi boleh membuat dakwaan sedemikian terhadap partinya.

“Dia (Mohd Zuhdi) hanya bermimpi. Dia duduk dalam bilik berhawa dingin. Dia tidak tahu apa yang berlaku di bawah. Ini kerana dia tidak turun padang seperti kami.

“Saya kenal dengan dia bukan sekejap. Saya kenal dia (sudah lama). Saya tahu dia bagaimana,” katanya kepada Sinar Online.

Amanah dijangka akan kehilangan sebahagian sokongan disebabkan pendirian mereka yang ‘flip flop’  berkenaan penubuhan (RCI) menyiasat Tragedi Memali.

Mohd Zuhdi berkata, berdasarkan dapatan Institut Darul Ehsan (IDE) yang didedahkan sebelum ini, sokongan semasa kepada Amanah adalah di tahap satu peratus.

Mengulas lanjut mengenainya Salahuddin berkata, semua pihak dalam Amanah tahu tentang pendirian parti yang secara jelas menyokong penubuhan RCI.

“Kami mengharapkan dengan penubuhan RCI, kita dapat membela nasib mana-mana pihak yang terlibat dengan tragedi berdarah itu,” katanya.

Ditanya sekiranya dakwaan tersebut mengundang gelisah dalam kalangan ahli parti, beliau menjawab, setakat ini, beliau tidak mendengar mana-mana ahli beralih sokongan daripada parti.

“Setakat ini, kami tidak mendengar api keresahan di peringkat ahli,” katanya.

– http://ift.tt/1bq4zcn

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wcsfkK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.