Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Lindungi 3 Anak Jadikan Rumah Sarang Dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Lindungi 3 Anak Jadikan Rumah Sarang Dadah


ALOR SETAR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan terpaksa mengambil masa memujuk seorang wanita agar membenarkan mereka membawa tiga anak lelakinya ke pejabat AADK selepas disyaki menagih dadah di rumah sendiri di Kampung Seri Perigi, Yan semalam.

Ketua Pegawai AADK Yan Mohamad Ramli berkata, tiga beradik itu adalah antara tujuh penagih yang ditahan di rumah keluarga berkenaan yang dipercayai dijadikan sarang penagihan di kampung berkenaan.

"Ibu kepada tiga beradik berkenaan cuba menghalang anggota penguat kuasa dengan mengatakan bahawa anak-anaknya tidak pernah mengambil dadah. "Kita terpaksa mengambil masa untuk memujuk wanita berkenaan dan ahli keluarganya bagi membolehkan anaknya dibawa ke pejabat AADK Yan," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Operasi Cegah yang bermula 6 hingga 10 pagi itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam, katanya.

Mohamad berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati enam individu positif dadah jenis opiat manakala seorang lagi positif dadah jenis syabu.

Katanya kesemua lelaki yang berusia 19 hingga 40 tahun itu akan disiasat menurut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.-BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvhOL7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.