Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Bantu Belia Pertanian Miliki Kediaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Bantu Belia Pertanian Miliki Kediaman



KUALA LUMPUR – Golongan belia luar bandar yang telah berkahwin kini berpeluang untuk memiliki rumah sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi yang dipertangungjawabkan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Risda dalam kenyataan hari ini berkata melalui skim itu, belia yang tidak mempunyai slip gaji dan bekerja sendiri dalam sektor pertanian seperti perladangan, perniagaan atau aktiviti agro pertanian layak untuk memohon pembiayaan pinjaman RBN.

“Pembinaan RBN memberi peluang kepada belia luar bandar yang secara umumnya daripada komuniti pertanian dan tidak mempunyai rumah terutamanya mereka yang sudah berkahwin.

“Mereka yang layak akan dibiayai oleh Agrobank menerusi pembiayaan yang bakal dilancarkan nanti,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, KKLW dan Risda telah mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agrobank bagi memudahkan permohonan pembiayaan pinjaman RBN melalui produk pembiayaan khas yang akan dilancarkan bulan ini.

Menurut kenyataan itu, kelulusan pembiayaan adalah mengikut prosedur sedia ada permohonan RBN yang antaranya memerlukan pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, mempunyai bukti kukuh sumber pendapatan yang disahkan oleh pemimpin tempatan untuk aktiviti pertanian yang diusahakan.

“Permohonan ini akan dinilai secara menyeluruh serta tertakluk kepada kelulusan pembiayaan pihak Agrobank berdasarkan maklumat yang disertakan.

“Setakat ini, Risda menerima 2,089 permohonan, 849 dalam proses kelulusan dan menerima 213 permohonan tanpa slip gaji,” kata kenyataan itu.

Pada pembentangan Bajet 2017 tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM100 juta bagi projek RBN untuk dibina di atas tanah pemohon dengan spesifikasi tiga bilik tidur dan dua bilik air yang berkeluasan 700 kaki persegi.

Melalui insentif itu, RBN hanya dijual pada harga RM45,000 berbanding harga asal RM65,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM85,000 di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uin9FM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.