Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rumusan Perbelanjaan Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rumusan Perbelanjaan Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017)

Pada Julai 2012, mesyuarat SEA Games Federation (SEAGF) di Burma telah mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah rasmi bagi Sukan SEA 2017. Stadium National Bukit Jalil telah dinaik taraf dan velodrome baru dibina di Nilai dengan kos sebanyak RM 80 juta.

Menurut laporan thestar, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) menyatakan jumlah kos keseluruhan yang di peruntukkan untuk projek pembangunan dan naik taraf kawasan sekitar stadium Bukit Jalil kepada KL Sport City adalah sebanyak RM 1.34 billion.

Stadium Bukit Jalil 2017

Velodrome Nasional Nilai 2017

Pada tahun 2013, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggarkan kos penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN tidak melebihi RM 80 juta. Namun, pada tahun 2016, beliau telah memohon kos penambahan sehingga RM 500 juta dan Perdana Menteri telah meluluskan sebanyak RM450 juta daripada peruntukan RM1.2 billion (pembangunan sukan) dalam pembentangan Bajet 2017.

Berkenaan penajaan pula, Dentsu Sports Asia dan Sportwork Group di lantik sebagai agensi penaja, dan telah membahagikan kepada empat peringkat penajaan. Jumlah tajaan Gangsa bernilai RM 1 juta dan kebawah.  Tajaan Perak pula sekitar RM1 – 3 juta dan penaja Emas sekitar RM 3 – 7.5 juta. Tajaan terbesar, Platinum pula bernilai sekitar RM7.5 – 15 juta.

Mereka mensasarkan jumlah tajaan bernilai RM80 juta dan sasaran tersebut berjaya di capai pada 30 Mei 2017. Dengan penglibatan lebih daripada 30 buah syarikat, kini dana tajaan yang berjaya di kumpul telah melebihi RM 100 juta.

Ucapan Dato’ Seri Zolkples Embong dalam Perhimpunan Bulanan dan Ikrar MASOC

Ketua Sekretariat Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Dato Seri Zolkples Embong menyatakan akaun Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 akan mula diauditkan selepas setahun penutupan temasya sukan ini. Beliau turut akan memastikan temasya sukan ini bebas daripada sebarang unsur rasuah atau penyelewengan, terutamanya perkara yang berkaitan dengan kewangan dan dana.

Marilah “Bangkit Bersama”

Jangan lupa LIKE dan SHARE. Moga Bermanfaat.

The post Rumusan Perbelanjaan Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhXJZa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.