Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Mengumumkan CPU 4-Teras Core i3 Pertama – Mungkin Akan Hadir Dengan HyperThreading - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Mengumumkan CPU 4-Teras Core i3 Pertama – Mungkin Akan Hadir Dengan HyperThreading

Kebangkitan syarikat AMD dalam mengeluarkan cip pemprosesan komputer terbaru mereka nampaknya sudah membuatkan pihak Intel berasa tidak selesa. Jika sebelum ini, Team Blue dikatakan berpuas hati dengan hanya mengeluarkan komponen yang hadir dengan peningkatan sedikit sahaja sebelum ini, mereka nampaknya sudah bertindak untuk mengekang penirisan pasaran kepada AMD.

CPU terbaru ini dinamakan Intel Core i3-8300 dan ia berasaskan cipset Intel Coffee Lake-S, dan dikatakan bakal hadir dengan model 4-teras. Ini ternyata sekali berbeza dengan model-model CPU Core i3 sebelum ini kerana ini kali pertama siri tersebut menerima penambahan teras seperti ini.

Ura-ura juga menyatakan bahawa cip pemprosesan ini bakal hadir dengan Hyper-Threading, bermakna CPU Core i3-8300 mungkin mempunyai 4-teras dan 8 bebenang kuasa, suatu ciri yang masih belum hadir pada siri cip Intel Core i5 setakat ini. Dari segi kelajuan, CPU Core i3 ini dikatakan akan hadir pada kelajuan asas 4.0GHz, Nilai TDP dan sebagainya masih belum diketahui.

Menurut laporan, CPU ini dikatakan akan hadir di pasaran dunia pada hujung tahun ini, ataupun awal tahun hadapan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vx6YEF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.