Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hah......apa macam? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hah......apa macam?

Monday, 7 August 2017
TUN MAHATHIR SUDAH MENYAHUT CABARAN, SIASATLAH JUGA KEKAYAAN ANAK2 SEMUA BEKAS PERDANA MENTERI
Tanpa berlengah dan menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad dengan pantas menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kekayaan keluarganya.

Menerusi chedetofficial yang merupakan laman twitter rasminya, Tun Mahathir menyatakan, "Sudah berkali kali saya menjemput pihak berkuasa untuk lakukan siasatan yang adil ke atas saya. Kita perlu berani kerana benar."

Respon Tun Mahathir ini ialah berikutan desakan pelbagai pihak dalam UMNO yang mahu harta kekayaan keluarganya disiasat susulan tindakannya mendedahkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pernah melaporkan memiliki kekayaan sejumlah RM230 juta ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu.

Kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk disiasat secara adil jelas menunjukkan sikap tanggungjawab,  ketelusan dan tiada rasa takut dalam  dirinya bahawa semua kekayaan keluarganya tidak dimiliki secara tidak sah.

Seperti yang semua sedia maklum, Tun Mahathir dan isterinya bukan saja tidak bermewah dan tidak membazir, jauh sekali diketahui ada memiliki berbilion-bilion ringgit dalam akaun peribadinya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Anak-anaknya pula diketahui menjalankan perniagaan yang sah dan mereka bukanlah seperti "anak tiri orang itu"  yang tidak pernah diketahui ada perniagaan dan ada syarikat, nah...tiba-tiba saja mampu membeli dua tiga kondo mewah di Amerika dan London yang bernilai ratusan juta ringgit harganya.

Juga anak-anak Tun Mahathir tidaklah seperti kebanyakan anak-anak pemimpin UMNO yang lain yang suka menayang kemewahan serta kekayaan, meskipun tidak jelas apa pekerjaan dan perniagaan yang mereka jalankan.

Dengan kesediaan Tun Mahathir ini, tiada sebab lagi untuk para pemimpin UMNO sama-sama berani harta kekayaan mereka disiasat dan didedahkan kepada umum.

Yang penting, seperti disebut oleh Tun Mahathir, siasatan itu mestilah dijalankan dengan adil dan kita perlu berani kerana benar. 

Jika siasatan dilakukan secara tidak adil dan semata-mata kerana Tun Mahathir kini bersama dengan Pakatan Harapan dan sedang berada di landasan yang betul untuk menyingkirkan Najib, tindakan itu hanya menampakkan sifat "busuk hati" terhadap bekas Perdana Menteri itu dan jauh tersasar dari hasrat untuk mencari kebenaran. 

Kiranya benar untuk mencari kebenaran dan keadilan, selain kekayaan keluarga Tun Mahathir yang perlu disiasat dan didedahkan, kekayaan anak-anak dan keluarga semua bekas Perdana Menteri sebelum ini bermula daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj juga perlulah disiasat sama. 

Adakah anak-anak Tun Mahathir saja yang kaya raya, manakala anak-anak bekas Perdana Menteri yang lain miskin-miskin belaka?(ShahbudinHusin 07/08/2017)

Anda mungkin juga meminati:
KENAPA HANYA KEKAYAAN KELUARGA TUN MAHATHIR SAJA MAHU ...

Posted by Shahbudin Husin at 12:32 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vetjUM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.