Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyakit Anjing Gila Di Sarawak Terkawal - Subramaniam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyakit Anjing Gila Di Sarawak Terkawal - Subramaniam



KUALA LUMPUR -- Penyakit anjing gila atau rabies yang menular di Sarawak kini berada dalam keadaan terkawal dengan tiada laporan kes baharu yang dicatatkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya ini susulan laporan baharu yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak yang melakukan pemeriksaan ke atas anjing di kawasan sekitar Kuching dan Serian.

Bagaimanapun katanya kerajaan hanya akan mengisytiharkan negara bebas wabak itu selepas tiada jangkitan positif kepada manusia dan haiwan dalam tempoh dua tahun.

"Tiada bukti terdapat anjing yang mempunyai penyakit rabies di Sarawak. Sekiranya keadaan ini kekal dan bukti menunjukkan tiada kes baharu kita boleh anggap kawasan tersebut terkawal.

"Selepas dua tahun baru boleh kata bebas rabies. Oleh itu, status keadaan penyakit berkenaan juga akan terus dipantau melalui program pemantauan yang telah dijalankan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen 'Suku-Suku Separuh' di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada 24 Julai lalu berkata mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau berkata berikutan kematian terbaharu itu semua lima kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen Suku-Suku Separuh, Dr Subramaniam berkata program pemakanan sihat itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai amalan makan secara sihat bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan pemakanan.

Katanya program itu membawa maksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi sumber protein seperti ikan dan daging manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.

"Kempen ini akan diadakan secara menyeluruh sepanjang bulan Ogos dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.

"Saya amat berharap masyarakat dapat memahami konsep mudah ini dan seterusnya mengamalkannya," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhj8gO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.