Hi! Welcome Back and Stay Tune! APA ROSMAH BUAT 4 HARI DI LONDON? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

APA ROSMAH BUAT 4 HARI DI LONDON?

Saya merujuk kepada kenyataan Datin Seri Rosmah Mansor semasa menghadiri program Bual Santai: Kenali Anak Pintar Anda di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Beliau mendakwa tujuannya pergi ke London bukan untuk berjalan-jalan tetapi memastikan anak-anak di bawah program PERMATA mendapat peluang memasuki Universiti Oxford.
Pada 25 Julai lalu Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching menerima jawapan bertulis di Dewan Rakyat mengenai kos dan jadual perjalanan Rosmah di London antara 4 hingga 10 Mei.
Bagaimanapun, jawapan yang diberi memang tidak menjawab soalan.
Saya menggesa Pejabat Perdana Menteri memberi penjelasan tentang kos dan jadual perjalanan Rosmah pada masa itu, lebih-lebih apabila kita ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa tugas rasmi beliau hanya bermula selepas 7 Mei 2017.
Bagaimanapun Rosmah sudah berada di London lebih awal tanpa ditemani oleh mana-mana menteri kabinet.
Carian tiada hasil
Dua orang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang sepatutnya mengiringi Rosmah semasa lawatan di London itu disahkan tidak bersama dengan beliau antara 4 hingga 7 Mei 2017.
Selain itu, media Malaysia dan United Kingdom nampaknya kurang melaporkan aktiviti-aktiviti selama seminggu Rosmah di London.
Maka ada keperluan untuk pihak perdana menteri memberi penjelasan lanjut terhadap kos perjalanan tersebut.
Carian di Internet hanya melaporkan kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan sehari sebelum Rosmah bertolak ke London.
Menurut pihak kementerian, Rosmah sebagai penaung program PERMATA akan melawat London bermula 4hb hingga 10hb Mei untuk mengembangkan program berkenaan.
Carian di Internet antara 4 hingga 10 Mei hanya memberi satu atau dua hasil daripada portal Bernama. Laman web The Royal Society of London serta carian di beberapa akhbar dan media UK tidak memberi apa-apa hasil.
Meskipun lawatan isteri perdana menteri ini kurang diberi liputan media, pasti dua menteri kabinet yang mengiringinya akan melaporkan kegiatan harian masing-masing dari London.
Maka saya telah membuat carian di laman Facebook untuk kedua-dua menteri berkenaan dan mendapati gambar aktiviti untuk ketiga-tiga program di atas hanya dimuat naik ke media sosial itu antara 7 hingga 10 Mei.
Malahan melalui laman Facebook kedua-dua menteri didapati Rohani mungkin belum bertolak ke London sebelum 7 Mei kerana beliau menghadiri program di Malaysia pada 6 Mei.
Bagi Azalina pula, beliau berada di India untuk lawatan mengenai isu jenayah seks kanak-kanak sekitar 4 hingga 6 Mei.
Soalan keramat sekarang ialah: apakah program dan jadual perjalanan Rosmah antara 4 hingga 7 Mei? Berapa banyak wang rakyat yang dibelanjakan untuk membiayai perjalanan isteri perdana menteri itu, khususnya dalam tempoh empat hari pertama lawatannya beliau ke London?
Saya kira rakyat Malaysia tidak membantah jika lawatan menggunakan wang kerajaan itu adalah untuk urusan rasmi yang memberi manfaat kepada negara.
Tetapi sekiranya ada lawatan itu tidak berkaitan dengan tugas rasmi, maka sebaik-baiknya ianya ditanggung oleh isteri perdana menteri sendiri.
LAU WENG SAN ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Selangor.
– M’kini


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vF6w6Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.