Hi! Welcome Back and Stay Tune! DARI MANA DATANGNYA ISKANDAR KUTTY? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DARI MANA DATANGNYA ISKANDAR KUTTY?

Nama rasmi bekas perdana menteri keempat negara seperti yang tercatat di Jabatan Pendataran Negara Alor Setar ialah Mahathir bin Mohamad – iaitu dibinkan kepada bapanya.
Bapa Tun Dr Mahathir itu pula bernama lengkap Mohamad bin Iskandar dan keturunannya tertera perkataan Melayu, kata seorang sejarawan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, berkata Mohamad itu lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan meninggal dunia pada 1961.
“Datuk Dr Mahathir, Iskandar, berasal dari Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.
Menurut Baharuddin lagi pada kad pengenalan (IC) biru milik Dr Mahathir, turut tertera nama Mahathir bin Mohamad dan bukannya “anak lelaki Iskandar Kutty” seperti didakwa sesetengah pihak.
Nama berkenaan, katanya, juga digunakan pada semua sijil pengajian Dr Mahathir di peringkat rendah dan tinggi.
Bukan kisah peribadi
Kenyataan Baharuddin itu disiarkan kira-kira seminggu selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa IC Dr Mahathir memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” katanya semasa menutup mesyuarat agung tahunan Umno Kelana Jaya pada 30 Julai lalu.
Selain timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid juga berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan JPN berada di bawah kementeriannya.
Walaupun pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun, Dr Mahathir kini menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap kerajaan dan dilantik sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta Pakatan Harapan.
Gabungan pembangkang utama itu menyatukan BERSATU dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ramai tokoh terkemuka
Baharuddin juga berkata walaupun Dr Mahathir kini tidak lagi sealiran dengan kerajaan, jasa dan sumbangannya tetap tidak boleh dinafikan.
“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu, bukan kisah peribadinya.
“Kita tak wajar memperlekehkan jasa beliau semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, (apatah lagi) individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.
Baharuddin pernah berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) untuk tempoh 2000-2001 berkata bapa Dr Mahathir bukanlah orang sembarangan, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris di Kedah.
“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH.
“Kita wajar beri penghargaan atas usahanya kerana berjaya meletakkan asas kukuh dalam pembangunan KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini.
“KSAH lahirkan ramai tokoh terkemuka, termasuk pemimpin politik.
“Wajar kita kenang jasa beliau pelopori pendidikan Inggeris di Kedah walau siapa keturunan dia sekarang. Kita tak boleh nafi sejarah, tak kira siapa individu itu, tak perlu ungkit keburukan tapi kenanglah jasa mereka,” katanya.
– M’kini


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vHjrWG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.