Dipanggil dayus, ini jawapan kekasih Afifah Nasir, bakal temankan ke lokasi penggambaran bersama bodyguard supaya Afifah tidak diganggu
KEKASIH Afifah Nasir iaitu Wan Ariff menyangkal dakwaan netizen bahawa dia seorang lelaki dayus kerana masih mempertahankan tindakan aktres berkenaan dalam isu rumah tangga Aliff Aziz.
Wan Ariff, 24, berkata, dia sudah dimaklumkan oleh Afifah situasi sebenar yang berlaku sejak mula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.
“Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya.
“Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan,” ujarnya kepada mStar Online.
Ariff ditemui ketika menemani Afifah pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas di sini, pada Isnin.
Afifah ketika sidang media yang diadakan pada Isnin.
Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.
Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.
Sementara itu, Wan Ariff memohon agar masyarakat tidak terus mengecam teman wanitanya itu, sebaliknya memahai situasi yang terpaksa dilalui aktres tersebut.
“Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang.
“Dia memang buat saya tapi dia jadi mangsa keadaan,” ujarnya.
Aliff Aziz dan Bella Astilah mengadakan sidang media pada Isnin minggu lalu.
Sementara itu, Wan Ariff berkata, dia akan terus menyokong kerjaya wanita berkenaan sebagai pelakon, namun meminta dia lebih berhati-hati di lokasi penggambaran.
“Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Wan Ariff berkata, dia akan ke lokasi penggambaran bagi menemani kekasihnya itu menamatkan beberapa hari terakhir drama berkenaan.
“Drama tersebut berbaki tiga hari, esok Afifah akan ke lokasi bersama bodyguard bagi memastikan keselamatannya dan lusa mungkin saya juga turut menemaninya,” ujar Ariff.
Sumber: Mstar
Sumber Dipanggil dayus, ini jawapan kekasih Afifah Nasir, bakal temankan ke lokasi penggambaran bersama bodyguard supaya Afifah tidak diganggu
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uyADsn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment