Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kefakiran mendekatkan kepada Kekufuran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kefakiran mendekatkan kepada Kekufuran

Tapi bagaimana kedudukan hukum?
Dia telah murtad namun kembali kepada Islam.

* Hukum Orang Yang Murtad Berulangkali

Tukar agama lepas ada masalah kewangan
WARTAWAN SINAR HARIAN    -    24 OGOS 2017
Fauzan menunjukkan Mykad tertera agama Islam.

BALING - Kerana kesempitan hidup menyebabkan seorang bekas anggota keselamatan beragama Islam menukar agamanya kepada Kristian pada Februari tahun lalu.

Walau bagaimanapun dia yang hanya ingin dikenali sebagai Fauzan, 51, yang sebelum ini tinggal di Kuala Lumpur kini menyedari kesilapannya dan kembali kepada ajaran Islam.

Menceritakan pengalaman pahitnya itu, selepas dinasihatkan majikan supaya berhenti kerja, kehidupannya menjadi tidak tentu arah akibat masalah kewangan dan keluarga.


"Bos suruh saya berhenti lepas tak dapat  fokus kepada kerja. Pada 2016 saya bersara dan dibayar wang bersara awal pada Februari tahun sama.

"Duit memang cukup untuk saya dan keluarga tapi isteri kawal semua duit untuk cantikkan rumah, beli-belah dan berfoya-foya dengan lelaki lain. Anak pun tak hormat ayah mereka sendiri," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya.

"Bila bercerai, hidup saya lagi tak terurus. Nak makan pun tak ada duit.

"Waktu itu saya tak tahu nak mengadu dekat siapa. Hasil usaha keras nak tampung hidup, saya bekerja di kedai bundle," katanya.

Fauzan berkata, pada Mac, seorang wanita Iran yang datang ke kedai itu menegur keadaannya yang tidak terurus.

"Lepas itu tiga kali saya jumpa perempuan itu sebelum dia bawa saya ke gereja.

"Setiap kali jumpa, dia bagi saya duit dalam RM200 ke RM300. Masa pertemuan keempat, dia minta saya minum air yang disediakan. Saya ikut saja, tak bantah. Lepas itu dia isytiharkan saya dah peluk Kristian," katanya.

Lelaki berasal dari Bukit Mertajam berkata, beberapa bulan selepas itu dia berjumpa dengan seorang ustaz bagi meminta nasihat.

“Ustaz itu minta saya bertaubat dan ucap semula dua kalimah syahadah. Bermula dari situ, saya tinggalkan Kuala Lumpur dan dalami ilmu agama di sekitar Baling,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wEZxMG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.