Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejam! Bayi Orang Utan Dijumpai Dalam Keadaan Diawet Dan Berendam Dalam Kotak Air Kencing.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejam! Bayi Orang Utan Dijumpai Dalam Keadaan Diawet Dan Berendam Dalam Kotak Air Kencing..



Gito merupakan seekor bayi orangutan berusia 5 bulan ditemui dibungkus di dalam sebuah kotak kadbod yang direndam dalam air kencing. Hampir tidak bernyawa, bayi orangutan itu diawet tanpa apa-apa perlindungan dari sinaran matahari.


Sebagai hakikatnya, pasukan penyelamat menganggap bayi orangutan itu sudahpun mati apabila mula dijumpai dan melaporkan ini adalah salah satu kes yang kejam dan mengejutkan yang pernah mereka hadapi.


Ibunya telah dibunuh oleh pemburu haram, dan Gito yang menjadi anak yatim telah menjadi haiwan peliharaan oleh seorang ketua kampong di Borneo Barat.


Satu-satunya makanan yang diberikan kepadanya adalah susu pekat.


“Dia terbaring seperti mayat dengan lengannya yang dilipat di dada dan dengan kekurangan bulu, kulitnya menjadi kelabu seperti abu-abu, membuatkannya kelihatan hampir mati diawet di dalam kotak itu,” kata pekerja IAR.


Pasukan kami telah mendapati peningkatan jumlah bayi orangutan yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan dan sebahagian daripadanya baru sahaja diambil dari hutan,” kata ketua Penyelamat Haiwan Antarabangsa (IAR), Alan Knight.


Para penyelamat perlahan-lahan membawanya ke atas motosikal mereka dan meredah perjalanan yang agak jauh selama 9 jam untuk menyelamatkannya.


Gito bernasib baik mampu untuk bertahan hidup. Kakitangan di sana mendiagnosisnya dengan kudis sarcoptic dan dia berada di dalam keadaan yang sangat lemah sehingga dia terpaksa dibantu untuk duduk.


Dia segera diberi rawatan rapi untuk diselamatkan, minyak kelapa pula disapu pada kulitnya untuk merawat kulitnya yang meradang.



Gito berada dalam keadaan selamat dan diharap akan dapat pulih sepenuhnya walaupun dia bakal melalui jalan yang agak sukar di hadapannya.



Terima kasih kepada IAR di atas semua kerja dan usaha mulia yang telah mereka lakukan.


Berikut merupakan video detik-detik usaha untuk menyelamatkan Gito:

VIDEO:


Dan dibawah ini adalah gambar Gito terkini..





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vtfP9i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.