Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) ECRL Keretapi Pantai Timur Memendekkan Masa Perjalanan Pergi Dan Balik Ke Pantai Timur.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) ECRL Keretapi Pantai Timur Memendekkan Masa Perjalanan Pergi Dan Balik Ke Pantai Timur..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembinaan Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) merupakan pencetus perubahan dan haluan pemikiran bagi Malaysia kerana paling utama ia akan memendekkan masa perjalanan pergi dan balik ke pantai timur Semenanjung.


Beliau berkata, perjalanan kereta api dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dijangka kurang daripada empat jam berbanding purata lapan jam malahan hingga 12 jam atau lebih semasa musim perayaan , menjadikan ECRL medium pengangkutan pilihan yang lebih selesa sebaik ia siap dibina.



“Projek ECRL juga akan menentukan rentak kesan limpahan ekonomi dan impak sosial yang positif bagi negeri-negeri di pantai timur. Ia akan menjadi pemangkin bagi kesaksamaan ekonomi antara pantai barat dan pantai timur kerana akan turut merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan yang mencukupi, memudahkan pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya.


Najib berkata demikian dalam ucaptama semasa majlis pecah tanah projek ECRL di tapak projek KotaSas Sentral di sini pada Rabu yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri Majlis Negara China Wang Yang, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Liu Qitao dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.


Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan tiga Menteri Besar negeri-negeri pantai timur Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (Terengganu) dan Datuk Ahmad Yakob (Kelantan). 

No automatic alt text available.

East Coast Rail Line (ECRL)
  • Kuala Terengganu ke ITT Gombak - 2 jam 30 minit
  • Kuala Terengganu ke Kota Bharu - 50 minit
  • Kuala Terengganu ke Kuantan - 1 jam 10 minit

Apa yang menarik terowong train ECRL ini nanti akan menjadi yang terpanjang di Asia Tenggara. Lepas tu stesen ECRL KB akan diintegrasikan bersama2 stesen KTMB. Perjalanan jugak akan dipendekkan dibawah 4 jam dari KB ke ITT Gombak. Kalau korang perasan area lepas bentong ke gombak tu jea bergunung ganang, area lain semua flat.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZVE4A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.