Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyampai berita, Amin Hayat malu kerana botak, kini sudah pulih dan ada rambut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyampai berita, Amin Hayat malu kerana botak, kini sudah pulih dan ada rambut

Amin Hayat

Amin Hayat

Pembaca berita TV9 iaitu Amin Hayat memberitahu, pengalamannya berhadapan dengan masalah alopesia atau keguguran rambut yang kritikal hingga menyebabkan botak memberi tekanan kepada dirinya untuk berhadapan dengan masyarakat.

Amin atau nama sebenarnya Amin Hayat Abd. Rahim, 35, berkata, perkara itu membuatkan dia kehilangan keyakinan diri dan menganggu emosinya untuk tampil di khalayak sebagai pembaca berita.

“Saya berhadapan dengan masalah botak secara tiba-tiba pada tahun lalu sehingga membuatkan saya rasa malu untuk keluar berjumpa orang ramai.

“Orang anggap perkara itu adalah masalah yang biasa tetapi bagi saya ia sangat menganggu dan memberi kesan kepada kehidupan harian saya terutama apabila saya bekerja sebagai pembaca berita.

“Dalam tempoh itu saya terpaksa pakai topi setiap masa kerana tidak mahu mendengar kata-kata ejekan orang terhadap kepala saya,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Amin mengulas kempen ‘Aku Alopesia’ yang dijalankan atas kesedarannya memberi info kepada orang ramai terhadap penyanyik berkenaan.

Kata Amin, walaupun tidak membawa kepada masalah kesihatan yang serius, namun apa yang dilaluinya menyedarkan betapa perlu pencegahan dilakukan daripada peringkat awal.

“Perkara ini terjadi mungkin kerana tekanan kerja dan mengambilan ubat-ubatan sampingan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang keperluan pengurusan tekanan yang betul, tidak dan rehat secukupnya serta gaya hidup sihat.

 

“Ramai juga yang memberi mesej peribadi menerusi Instagram bertanyakan tentang masalah botak yang mana bukan sahaja golongan dewasa, tapi kanak-kanak dan remaja juga ada yang mengalaminya,” ujarnya.

Amin berkata, dia kini sudah kembali pulih selepas menjalani rawatan hampir setahun dengan sebuah klinik kecantikan.

“Alhamdulillah, setahun juga saya buat rawatan untuk kembalikan rambut seperti dahulu di Clique Clinic. Tapi lebih baik kita mencegah daripada merawat,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber Penyampai berita, Amin Hayat malu kerana botak, kini sudah pulih dan ada rambut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPjUWo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.