Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis cari pemandu Honda CR-V tiba-tiba ubah haluan langgar motosikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis cari pemandu Honda CR-V tiba-tiba ubah haluan langgar motosikal

Polis Daerah Petaling Jaya sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT, semalam.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal terbabit yang berusia 24 tahun dipercayai bergesel dengan SUV terbabit dan cedera yang mana ia dirakam oleh pemandu lain dan viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis juga sudah memperoleh nombor pendaftaran SUV terbabit.

Katanya, setakat ini hanya penunggang motosikal, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun tampil membuat laporan malam semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.16 petang ketika mangsa yang bekerja di Atria Soho dalam perjalanan pulang ke rumah di Setia Alam melalui lebuh raya berkenaan.

“Ketika kejadian penunggang motosikal itu berada di lorong kiri. Pemandu CR-V yang memandu di lorong kanan tiba-tiba mengubah laluan dan melanggar mangsa menyebabkan dia terjatuh.

“Selepas perlanggaran itu, pemandu SUV terbabit tidak berhenti sebaliknya terus meninggalkan lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang motosikal itu cedera di tapak tangan kanan, luka kecil pada tangan serta siku kiri.

Mohd Zani berkata, setakat ini pemandu SUV itu masih belum tampil membuat laporan dan hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Terdahulu, rakaman video kemalangan yang dipercayai diambil dari sebuah kenderaan lain yang turut melalui lebuh raya berkenaan viral di media sosial sejak semalam.

 

Sumber: BH Online



Sumber Polis cari pemandu Honda CR-V tiba-tiba ubah haluan langgar motosikal

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uwPiEv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.