Hi! Welcome Back and Stay Tune! RTM mengaku bendera berterabur, akan ambil tindakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RTM mengaku bendera berterabur, akan ambil tindakan

Belum pun reda isu kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderahati upacara pembukaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), timbul pula insiden terbaharu yang tular di media sosial.

Pada Jumaat, tular mengenai bendera beberapa negara yang menyertai KL2017  itu bertukar antara satu sama lain dalam paparan pungutan pingat yang dimenangi atlet negara terbabit sepertimana disiarkan di saluran TV2 RTM.

Lapan bendera daripada 11 negara yang bertukar itu membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.

“Berterabur susunan bendera,” kata seorang pengguna laman sosial Twitter yang memuat naik gambar paparan skrin berkenaan pada Jumaat malam.

Seorang lagi netizen ‘Kopiselatan Kopiselatan Kopiselatan’ di Facebook sambil merujuk insiden kesilapan bendera Indonesia baru-baru ini berkata: “Lagi sekali.”

Antara lain netizen mempersoalkan sama ada kesilapan tersebut dibuat secara sengaja dan kesilapan itu dianggap memalukan negara.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim ketika dihubungi mStar Online mengakui kesilapan yang dilakukan semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 RTM pada pukul 7.30 malam Khamis.

Bagaimanapun katanya, permohonaan maaf berhubung kesilapan itu telah dibuat pada segmen berita di saluran TV yang sama pada Jumaat.

“Kita akui kesilapan itu tetapi ia dibuat secara tidak sengaja. Kita telah membuat permohonan maaf dalam berita Tamil malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, permohonan maaf juga telah dibuat di berita nasional di saluran TV1 pada tengah malam Jumaat.

“Kami akan berusaha memastikan kesilapan serupa tidak berulang,” kata penyampai berita.

Menurut Abu Bakar, kesilapan tersebut berpunca di peringkat produksi iaitu semasa memberikan maklumat terkini dengan keputusan pungutan pingat yang sentiasa berubah-ubah.

“Kita akan ambil tindakan bagi mengelak perkara ini berulang lagi,” katanya.

Pada Isnin lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima permohonan maaf Malaysia mengenai insiden salah cetak bendera republik itu dan menganggap isu tersebut tidak perlu diperbesarkan.

Sumber: Mstar



Sumber RTM mengaku bendera berterabur, akan ambil tindakan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wbyK7t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.