Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZAHID HAMIDI WAJIB TAMPIL SENDIRI MENJAWAB TIGA PERKARA INI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZAHID HAMIDI WAJIB TAMPIL SENDIRI MENJAWAB TIGA PERKARA INI

Hanya berpunca daripada dakwaannya bahawa kad pengenalan lama Tun Mahathir Mohamad adalah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kini berdepan tiga persoalan yang memerlukan jawapan langsung daripadanya.
Tiga persoalan itu dilontarkan kembali oleh Tun Mahathir kepadanya sebagai tindak balas dan susulan atas dakwaan yang dimulakan oleh Zahid Hamidi sendiri.
Tiga perkara tersebut ialah:-
Pertama, menyahut cabaran Tun Mahathir agar menunjukkan bukti salinan kad pengenalan lama bekas Perdana Menteri itu untuk mengesahkan dakwaannya bahawa “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” adalah benar dan sahih.
Selagi Zahid Hamidi gagal menampilkan bukti atau berdiam diri atau sekadar mewakilkan kepada pegawai medianya untuk memberikan jawapan, ia belum lagi dikira jawapan yang sewajarnya.
Apatah lagi jika jawapan pegawai medianya hanya mengatakan mesej sebenar Zahid Hamidi telah disensasikan, sedangkan maksudnya dikatakan ialah untuk menperjelas mengenai watak Tun Mahathir yang didakwa mengamalkan cara politik “habis madu sepah dibuang” terhadap orang Melayu.
Semua itu bukanlah jawapan sebenar. Jawapan yang dikehendaki ialah bila beliau boleh menampilkan bukti salinan kad pengenalan lama Tun Mahathir yang tertulis “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” itu?
Gagal menunjukkan bukti tersebut, Zahid Hamidi bukan saja dianggap “kaki pembohong” sebagaimana dinyatakan oleh Tun Mahathir, malah seluruh rakyat Malaysia juga akan beranggapan sedemikian.
Kedua, menjelaskan mengenai pertemuannya dengan Tun Mahathir yang dilakukan kira-kira sebulan setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015 yang lalu.
Benarkah pertemuan itu diadakan untuk meminta sokongan untuk menggantikan tempat Najib atau Zahid Hamidi ada penjelasan lain mengenainya?
Kegagalan memberi penjelasan atau terus berdiam diri tentu saja akan menambahkan lagi kecurigaan tentang kesetiaan sebenarnya kepada Najib, meskipun sudah berulangkali beliau menyatakan kesetiaan tidak berbelah baginya kepada Perdana Menteri.
Berdiam diri atau gagal memberikan penjelasan juga hanya akan menebalkan lagi perasaan “mata berpandangan budi kedapatan” antara beliau dengan Najib.
Ketiga, memberi penjelasan mengenai jumlah kekayaan sebanyak RM230 juta yang pernah diisytiharkan kepada Tun Mahathir ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu.
Tun Mahathir menyebut bahawa jawapan Zahid Hamidi ketika itu mengenai daripada mana datangnya jumlah kekayaan tersebut sebagai kurang jelas.
Keperluannya kini mudah saja, berikanlah jawapan yang sejelas-jelasnya.
Tiga perkara itu wajib dijawab sendiri oleh Zahid Hamidi untuk menunjukkan beliau benar-benar pemimpin yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Sebagaimana beliau lantang dan berani membuat tuduhan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” di depan umum, Zahid Hamidi juga perlu tampil dengan lantang dan berani menjelaskan tiga perkara di atas.
Tambahan lagi, tuduhannya berkenaan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” sudah pun dijawab secara langsung oleh bekas Perdana Menteri itu, meskipun dalam keadaan beliau diserang demam selsema dan kurang sihat.
 

Zahid Hamidi tiada pilihan lain lagi dalam hal ini, walau diketahui umum banyak janjinya sebelum ini seperti untuk mendedahkan dalang Lahad Datu misalnya, hanya janji tinggal janji saja.

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkZQYN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.