Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Mengenai PTPTN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Mengenai PTPTN

Seringkali apabila berbicara mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ramai yang sedia maklum tentang pinjaman yang ditawarkan oleh institusi tersebut.

Tapi sebenarnya PTPTN turut memberi peluang kepada anda untuk menyimpan. Pasti ramai yang tidak tahu, bukan? Malah mereka juga menawarkan pelbagai keistimewaan yang ternyata memberi manfaat bukan saja kepada anda, tetapi anak-anak anda juga.

Jom kami kongsikan dengan anda 3 perkara yang mungkin anda tidak pernah tahu mengenai apa yang diusahakan oleh PTPTN.

1. Boleh Menyimpan!

Sebenarnya di PTPTN juga anda boleh membuka akaun simpanan SSPN-i Plus dan SSPN-i. Kami kongsikan dengan anda beberapa kelebihan yang ada:

SSPN-i
* Pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum hingga RM6,000
* Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
* Perlindungan takaful percuma (khairat kematian)
* Geran sepadan hingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 ke bawah)
* Layak memohon pinjaman PTPTN

SSPN-i Plus

* Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000
* Manfaat takaful bagi kematian/ilat kekal sehingga RM1 juta.
* Manfaat khairat kematian bagi pendeposit termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak.
* Tiada pemeriksaan kesihatan bagi mereka yang ingin menyertai pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam.
* Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
* Pakej serendah RM30 serta simpanan ini dijamin oleh kerajaan
* Layak memohon pinjaman PTPTN

Tengok sendiri pun dah tahu yang SSPN-i Plus mempunyai lebih banyak keistimewaan malah turut memberi jaminan pada masa hadapan sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku. Nak tahu lebih lanjut lagi, klik saja di sini.

2. Apa Itu Geran Sepadan & Kenapa Ia Sangat Berguna?

Jika anda betul-betul ingin merancang masa depan dengan lebih baik, Geran Sepadan merupakan salah satu bantuan kerajaan yang perlu digunakan sebaiknya.

Sebabnya, semua pelajar yang mendaftar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada tahun 2017 LAYAK menerima insentif RM50 dalam bentuk simpanan SECARA PERCUMA.

Tapi untuk nak dapatkan insentif ini tak susah pun. Ibu bapa hanya perlu buka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 atau jika dah ada akaun, cuma buat penambahan deposit saja. Usaha anda sebagai ibu bapa mampu menjamin masa depan yang cerah buat anak-anak.

3. Cabutan WOW! Memang Gila!

Sebenarnya, tahun ini cukup 20 tahun PTPTN membantu kita dan sempena dengan perkara tersebut, PTPTN telah melancarkan cabutan baru iaitu Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN di mana ada lebih RM500,000 hadiah untuk dimenangi. Untung betul siapa dapat.

Untuk kali ini, terdapat 2 kategori cabutan iaitu Cabutan Bulanan dan Cabutan Istimewa.

Macam mana nak sertai? Mudah saja. Buka akaun baru atau penambahan deposit SSPN-i Plus / SSPN-i kepada pelajar tahun 1 pada tahun 2017 pada bulan tempoh promosi (tertakluk kepada terma dan syarat Insentif Khas Geran Sepadan Bajet 2017).

Tapi ingat, akaun tersebut perlu kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cabutan ini, klik saja di sini – www.ptptn.gov.my.


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gYcc6v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.