Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Korea Utara Dan Ribut Irma Menjadi Faktor Sementara Kelemahan Dolar? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Korea Utara Dan Ribut Irma Menjadi Faktor Sementara Kelemahan Dolar?

Dolar didagang tinggi pada awal dagangan sesi Asia hari Isnin minggu ini, keluar daripada paras terendah minggu lalu berbanding matawang utama yang lain selepas hujung minggu lepas berlalu tanpa sebarang peluru berpandu dilepaskan oleh Korea Utara.

Sebaliknya, Korea Utara menyambut ulang tahun ke-69 kemerdekaan mereka dengan memberi penghormatan kepada ahli-ahli sains yang menjadi faktor utama kepada kejayaan ujian peluru berpandu minggu sebelumnya.

Dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.23% kepada 91.52 setakat jam 9.55 pagi, keluar daripada paras terendah 91.011 hari Jumaat yang lalu.

Yen yang lemah berbanding dolar menolak USD/JPY lebih tinggi ke paras 108.44, naik 0.58% , keluar daripada paras terendah 10 bulan lalu 107.32 pada Jumaat lepas. Yen terkenal sebagai matawang safe haven kerena sering mendapat sambutan apabila berlaku ketidaktentuan politik dan ekonomi berikutan lebihan penyata imbangan Jepun yang sangat tinggi.

Masafumi Yamamoto, ketua strategi forex Mizuho Sekuriti, berkata,”Sentimen pasaran ketika ini melihat kepada kelemahan dolar yang berterusan, namun jika meneliti setiap faktor, tidak semuanya negatif kepada dolar. Namun, Korea Utara dan ribut Irma di Florida menjadi faktor sementara tekanan kepada dolar, dan mungkin boleh memberi impak jangka masa panjang.”

Beliau turut menyebut dolar/yen yang berada di bawah 108 adalah paras yang bagus untuk dibeli, dan menjangkakan US akan membuat perubahan baru pada pencukaiaan mereka bagi meningkatkan perkembangan ekonomi US tahun hadapan.

Presiden Trump dalam ucapannya hari Sabtu yang lalu berkata beliau akan mengajak kongress untuk percepatan usaha bagi mengubah kod pencukaian US, serta mengutarakan potensi impak ribut Irma yang menjadi faktor kepada perlunya perubahan cukai yang cepat.

EUR/USD pula jatuh 0.22% kepada $1.2010 selepas naik ke paras tertinggi $1.2092 pada Jumaat yang lalu, paling tinggi sejak Januari 2015 yang lalu.

Matawang Euro menguat dan naik sehingga 14% berbanding dolar tahun ini. Selain daripada jangkaan perubahan polisi monetari bank pusat Eropah, ECB juga telah memberi isyarat bakal mempercepatkan proses tapering terhadap program ransangan ekonomi mereka.

The post Adakah Korea Utara Dan Ribut Irma Menjadi Faktor Sementara Kelemahan Dolar? appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQqjBg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.