Melaka Usaha Jalin Kerjasama Tangani Hakisan Pantai
MELAKA – Kerajaan Melaka kini melakukan perbincangan dengan beberapa syarikat pemaju bagi mencari jalan mengatasi masalah hakisan akibat ombak yang berlaku di sekitar pantai dan tebing di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata inisiatif berkenaan diambil berikutan Melaka merupakan antara empat negeri yang kawasan pinggir pantainya dikesan hilang sehingga empat meter setahun selain Johor, Pahang dan Kelantan.
Katanya kerajaan negeri turut mengambil langkah awal membina pantai baharu yang dibangunkan melalui usaha penambakan laut bagi menggantikan pantai yang terhakis akibat ‘ditelan’ laut.
“Sebagai contoh, meskipun kita hilang pantai Klebang yang kotor dan tidak terurus namun kita dapat (menggantikannya dengan) pantai yang lebih baik selain dapat dinikmati oleh peminat sukan air,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan perhimpunan bulanan Jabatan Penyiaran Melaka yang berlangsung di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. Turut hadir Pengarah Penyiaran Negeri Ibrahim Ismail dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 500 penjawat awam seluruh negeri.
Idris berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media tempatan mengenai beberapa lokasi di negeri berkenaan membabitkan Kampung Portugis, Kampung Permatang Pasir, Kampung Rantau dan Teluk Mas Baroh di sini yang mengalami hakisan teruk dipercayai akibat pembangunan tidak terkawal.
Laporan itu menyebut projek tebus tanah yang dibangunkan di beberapa kawasan di negeri ini dipercayai turut menjadi punca utama, berikutan arus laut dan aliran pantai yang dijangka mengalir terus namun tersekat sehingga memberi kesan buruk terhadap tebing dan pantai di lokasi terbabit.
Sementara itu, pada majlis sama kerajaan negeri Melaka menyampaikan insentif kepada 38 atlet dari negeri ini yang memproleh pingat pada temasya Sukan SEA Kuala 2017 (KL2017) bulan lepas melibatkan peruntukan berjumlah RM269,000.
“Setiap atlet yang memperoleh pingat emas menerima insentif RM8,000, pemenang pingat perak menerima RM5,000 dan pingat gangsa RM3,000 sebagai menghargai dan mengiktiraf kejayaan mereka mewakili negara selain menggalakkan atlet supaya terus meningkatkan pencapaian masing-masing,” katanya.
Antara atlet kelahiran Melaka yang menerima insentif itu ialah atlet memanah negara, Mohd Juwaidi Mazuki dan atlet gimnastik artistik, Tan Ing Yueh.
Mereka memperoleh insentif paling banyak iaitu RM21,000 apabila masing-masing berjaya meraih dua pingat emas dan satu pingat perak di temasya dwitahunan itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jgKrae
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment