Hi! Welcome Back and Stay Tune! Talon – Jaring Keselamatan Anti Serangan Rempuhan Kenderaan Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Talon – Jaring Keselamatan Anti Serangan Rempuhan Kenderaan Diperlihatkan

Hari ini genap 16 tahun serangan bunuh diri ke atas menara World Trade Center dan Pentagon di Amerika Syarikat. Pasca serangan tahap keselamatan dipertingkatkan di lapangan terbang bagi mengelakkan ia berlaku sekali lagi. Pengganas kini berubah kepada serangan rempuhan menggunakan kenderaan seperti yang dilihat di Paris, London dan Charlottesville.

Menyedari ancaman terbaru yang sukar dihalang ini, polis di United Kingdom memperlihat sistem Talon. Jaring keselamatan yang diperbuat daripada besi ini ditebarkan ke atas permukaan jalan. Terdapat cangkuk tajam pada kedua-dua hujung Talon yang mengempiskan dan membelit tayar. Ini akan menghentikan kenderaan yang cuba merempuh halangan Talon. Menurut Metropolitan Police, Talon boleh menghentikan kenderaan dengan berat maksimum 17 tan.

Talon mudah dipasang berbanding sistem penghalang konkrit dan palang besi. Ia sesuai sebagai benteng pertahanan pantas apabila terdapat acara keramaian. Dengan wujudnya sistem ini kerisauan terhadap serangan rempuhan dapat dikurangkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eYgkDa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.