Thai Airways Bakal Perkenal Laluan Baharu Ke Vienna
BANGKOK – Thai Airways International (THAI) akan memulakan perkhidmatan laluan baharu ke Vienna, Austria pada November tahun ini, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Pemangku Naib Presiden, Jabatan Pengurusan Hasil dan Perkhidmatan Komersial THAI Public Company Limited Viroj Sirihorachai berkata, dengan menggunakan pesawat Boeing 777-300ER yang mempunyai kemudahan 348 tempat duduk, perkhidmatan itu akan beroperasi empat kali seminggu.
Menurut Pihak Berkuasa Pelancongan, kira-kira enam juta warga Eropah melawat Thailand pada 2016 peningkatan 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sejak Januari hingga Jun tahun ini, seramai 3.4 juta pelancong Eropah mengunjungi Thailand peningkatan tujuh peratus untuk tempoh sama tahun lepas.
Pada masa sekarang, Thai Airways mengendalikan lebih 80 penerbangan seminggu ke 12 bandar di sepuluh negara. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gVwP3c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment