Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imigresen Akur Sasar K’jaan Berhubung Kemasukan Rohingya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imigresen Akur Sasar K’jaan Berhubung Kemasukan Rohingya

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan akur dengan ketetapan kerajaan berhubung kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata bagaimanapun ketetapan itu hanya untuk mereka yang melarikan diri daripada krisis di Myanmar bukan bagi pelarian ekonomi yang mahu mencari pekerjaan di negara ini.

“Jabatan Imigresen adalah sebuah agensi pelaksana yang akan mengikut apa juga ketetapan sama ada pelarian etnik Rohingya dibenarkan masuk atau tidak. Selama ini, kalau mereka etnik Rohingya atau warga Myanmar yang datang ke negara secara haram, maka JIM akan membuat tangkapan.

“Tangkapan itu dibuat kerana ada warga Myanmar tanpa dokumen tetapi ada juga segelintir daripada mereka ada kad Pesuruhjaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya pada sidang media selepas mengetuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan JIM, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata Malaysia bersedia menerima lebih ramai pelarian Rohingya ke negara ini susulan keadaan yang semakin meruncing di Myanmar.

Setakat ini, sebanyak 56,000 kad UNHCR telah dikeluarkan kepada pelarian Rohingya yang memberikan kebebasan untuk mereka tinggal di negara ini.

Ditanya sama ada JIM akan mengambil tindakan terhadap 44 etnik Rohingya yang ditahan polis semasa mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 30 Aug lalu, Mustafar berkata perkara itu akan ditangani selepas siasatan polis selesai. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jjRFKH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.