Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Arwah makcik saya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tangannya mengenggam erat buku Yassin, sejak dari itu saya nekad tidak mahu menilai orang lain' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Arwah makcik saya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tangannya mengenggam erat buku Yassin, sejak dari itu saya nekad tidak mahu menilai orang lain'

Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih kepada admin jika membenarkan artikel ini disiarkan sebagai pengajaran kepada kita semua.
Panggillah saya Aisyah (nama pena). Aku nak berkongsi cerita mengenai kisah makcik saya yang cukup memberikan tamparan hebat kepada saya dan keluarga. Sedikit pengenalan mengenai makcik saya ini, dia merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Mak saya adalah anak kedua dan mereka ada dua adik-beradik lelaki yang sulung dan juga bongsu.
Menurut nenek dan arwah datuk serta orang di sekeliling berkata, makcik saya ini memang tidak disukai ramai termasuklah arwah moyang saya yang menjaganya sejak dari kecil lagi. Kira kalau kisah Cinderella itu, lebih kurang begitulah nasib makcik dan mak saya bila tinggal bersama dengan arwah moyang saya yakni nenek dan datuk mereka. Sebab masa kecil dulu, nenek saya orang susah, kena merantau dengan datuk, jadi mereka terpaksa tinggal bersama moyang saya. 
Disebabkan tekanan yang dihadapinya sejak dari kecil lagi dikerah dan dimarahi oleh arwah moyang saya, dia menjadi seorang rebel. Susah nak mendengar cakap dan kuat melawan. Dia lebih gemar buat mengikut suka hati dia, iktu kepala dia dari kecil sampailah ke tua. 
Jadi, saya membesar memang tengok kerja dia rebel saja. Asyik kena marah saja dengan nenek dan datuk saya, ditambah pula dengan mak saya sebab dia kuat melawan. Apa yang orang nasihatkan, mesti dia akan lawan balik. Jadi bila orang nasihatkan dia, dari cakap elok-elok, bila dengar dia menjawab, terus naik darah tinggi. Teruslah suara itu tinggi, kan.
Makcik saya ini pernah berkahwin tiga kali. Dengan suami pertama dikurniakan dua orang anak. Dengan suami kedua, seorang anak. Dengan suami yang ketiga tiada anak. Jadi dapat bayangkanlah mengapa rumah tangga dia tidak kekal, kerana dia memang tak dengar cakap. Jadi bila dia jenis perangai lain macam, dia suka keluar rumah dan pergi merayap-rayap. 
Dia tak suka terikat, anak-anak dia juga terabai. Bila dah cerai, dia tak jaga anak-anak dia. Anak-anak semua diserahkan pada bekas suami. Jadi anak-anak memang tidak rapat dengan dia. Yang sulung sampai macam dah jijik dengan mak dia sendiri sebab perangai tak semenggah mak dia. 
Bila dia tinggal seorang diri, kami tahu dia hanya balik pada waktu raya sahaja atau dia akan menghubungi kami kalau nak minta duit, suruh masukkan duit. Selalunya mak dengan pakcik sayalah yang akan menjadi mangsa. Bila pakcik saya dah meninggal, mak sayalah tempat dia selalu minta duit. Selalu juga dengar mak saya marah-marah kalau jawab panggilan dia. Tapi dia peduli apa? Lawak pun ada masa ini, dia selalu berjanji kononnya itu kali terakhir dia minta tetapi tak lama kemudian dia akan menghubungi mak saya lagi dan ulang lagi ayat yang sama. 
Makcik saya ini tiada kelulusan, jadi untuk menampung hidup dia, menurut apa yang kami tahu dia bekerja di sebuah kedai makan. Kemudian dia jadi pengawal keselamatan. Tetapi yang paling sadis bila kawan saya pernah naik teksi dan ternampak makcik saya. Dia kata pada pemandu teksi itu yang wanita itu adalah makcik kepada kawan dia. Pemandu teksi itu boleh pula kata selalu nampak makcik saya berada di kawasan GRO dan pelacur berkumpul. Astaghfirullahalazim. Bila saya dengar kawan saya ceritakan semula, tak tahu nak cakap apa. Kami sekeluarga pun tak terkata apa dah. Penat dah nasihat tetapi bak mencurah air ke daun keladi. 
Tidak beberapa lama selepas itu, dengar cerita dia tinggal serumah dengan teman lelaki dia. Allahuakbar. Mereka juga pernah kena tangkap dengan jabatan agama. Terpaksalah Paklong saya menahan muka malu pergi ke pejabat agama untuk melepaskan dia sebab dah 2 3 kali dia pernah ditangkap. Allahu, kami hanya mampu berdoa saja semoga dia berubah. 
Perkahwinan dia yang ketiga itu, dia berkahwin dengan orang yang berumur dah pangkat datuk-datuk. Datuk itu nak jaga dia, katanya. Tetapi dia ini kan jenis tak boleh duduk rumah, nak kena merayau. Jadi suami dia selalu kena tinggal seorang diri di rumah. 
Kami pun sebenarnya dah maklumkan pada suami ketiga dia tentang perangai makcik saya ini sebelum mereka berkahwin.  Tetapi katanya tak apa, dia nak jaga makcik saya, dan manalah tahu kalau dia dapat berubah. Kami pun hanya mampu mengangguk saja pada waktu itu. 
Tidak lama mereka berkahwin, selepas itu makcik saya dah rebel balik. Keluar rumah tak beritahu, kemudian tak balik-balik. Apa yang kami tahu, dia dah duduk serumah kembali dengan teman lelaki dia. Allahu, tak tahu nak nasihatkan macam mana lagi. Kami pun dah pening macam mana nak selesaikan masalah makcik kami ini. 
Tapi adalah juga anak dia yang nombor tiga itu selalu menjenguk dia. Yang nombor tiga ini memang seiras wajah dia. Muka dengan perangai siap sama dan mungkin disebabkan itu mereka boleh 'click' agaknya. 
Jadi melalui apa yang anda baca ini, mesti dah terbayangkan betapa banyaknya dosa-dosa makcik saya dah buat. Seperti tiada pengakhiran. Ya, kami semua menilai dia begitu, fikir yang buruk-buruk saja tentang dia, suka marah-marah dia. 
Pada satu hari itu, kami mendapat panggilan bahawa makcik saya itu sudah tiada. Polis menghubungi Paklong dan maklumkan mereka terjumpa makcik saya di atas katil dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Difahamkan, polis mendapat panggilan dari seorang lelaki yang kami percaya teman lelaki yang duduk serumah dengannya. Namun lelaki itu sudah menghilangkan diri entah ke mana. 
Polis bersama Paklong dan isterinya memeriksa rumah tersebut, pecahkan pintu bagai. Kemudian mereka menemui makcik saya terbaring di atas katil berselimut. Tengok banyak ubat di bilik. Rasanya makcik saya itu demam dan ada ubat semput semua. Yang paling terkesima, Maklong menemui buku Yassin tersemat erat di tangan dia. Dia mengenggam dengan kuat buku Yassin itu. 
Bila saya mengetahui berita ini, saya terus pergi ke bahagian bilik mayat di hospital. Masa itu mereka dah nak mandikan, jadi saya pun masuk nak tengok makcik saya dimandukan. Allahuakbar, sesungguhnya saya tak tahu nak cakap apa. Jenazah makcik saya kelihatan seperti tidur. Tak nampak seperti orang yang sudah meninggal dunia. 
(Maaflah ye) payudara dia elok terletak. Semasa dia masih hidup, kami selalu gelakkan payudara dia macam boleh libas ke belakang (maaf sekali lagi. hanya ingin kongsikan betapa tidak baiknya gurauan kami pada masa itu). Cantik payudara dia, seperti anak dara. 
Kemudian tukang mandi itu ambil kain putih bersih itu, cuci bahagian sulit. Digesek-gesek, kemudian dia tengok dan dia tunjukkan pada kami, bersih putih. Tiada sekelumit pun najis. Allahuakbar. Saya dah mula nak menangis pada waktu itu. Allah nak tunjuk apa pada kami? 
Proses pengembumian dia juga sangat mudah dan cepat. Siap balik kampung pasang siren van jenazah. Setahu saya tak ada pun van jenazah pakai siren. Masa nak kebumikan pun, Allahu. Kubur dia cantiknya. Liang lahad dia cantik sangat, tak tahu nak cakap macam mana. Tanah dia bersih seperti pasir di tepi pantai. Padahal kawasan kubur itu tanah merah, memang tanah liat. Tetapi kubur dia lain. 
Selepas selamat dikebumikan, kami semua termenung. Bagaikan terkena tamparan kuat di muka masing-masing. Apa amalan dia yang kita tidak tahu, kita menilai dia dari apa yang kita nampak dan dengar, kita tidak tahu kedudukan dia di sisi Allah macam mana. Bila dia meninggal, tengok macam mana Allah mengangkat darjat dia dan tunjuk pada kami. Yang rasa macam tak ada dosa memburukkan dia. Yang rasa macam diri kitalah yang mulia yang mungkin tak banyak dosa seperti dia. 
Allahuakbar. Sejak dari itu, saya memang nekad tidak mahu menilai orang lain walau seburuk mana pun perilaku mereka. Kita tidak tahu pengakhiran dia mungkin lebih baik daripada kita yang solat tak tinggal, aurat bertutup. 
Pernah dengar kan cerita zaman Rasulullah dulu. Seorang pelacur masuk syurga hanya kerana dia beri air pada anjing untuk diminum. Sekarang di depan mata saya, saya nampak kebesaran Allah itu. Bagaimana Allah itu mengasihani hamba Dia. 
Ingatlah wahai semua pembaca, Allah yang Maha Mengadili. Kita manusia tidak berhak nak mengadili seseorang manusia itu masuk ke neraka atau syurga, berdosa ke tidak, ikhlas ke tidak, itu semua Allah yang adili. Bukanlah hak kita nak menilai sesama manusia. Marilah kita saling memperbaiki kesalahan diri dan jangan asyik menunding jari pada orang lain.
Semoga cerita saya ini akan menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup ini. Berhenti menilai orang, kita tak maksum. Al-fatihah kepada makcik saya. Semoga pengakhiran hidup saya sebaik dia. Wallahualam. 
Penulis asal: Aisyah


Sumber 'Arwah makcik saya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tangannya mengenggam erat buku Yassin, sejak dari itu saya nekad tidak mahu menilai orang lain'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gVEs9Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.