Hi! Welcome Back and Stay Tune! MU ke Melaka City selepas penswastaan: Yusoff - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MU ke Melaka City selepas penswastaan: Yusoff

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) masih mengekalkan nama Melaka United (MU) bagi saingan Liga Malaysia musim depan, walaupun menyatakan perancangan awal untuk menukar nama kepada Melaka City.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, penggunaan nama Melaka City hanya akan berkuat kuasa selepas penswastaan pasukan berkenaan.

Katanya, setakat ini nama MU masih kekal sehingga musim depan dan Melaka City akan diperkenalkan selepas persetujuan presiden MUSA, Datuk Seri Idris Haron dan penswastaan berlaku.

Sehubungan itu, dalam permohonan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018, tidak terkandung perkara pertukaran nama berkenaan.

"Sebelum ini kami bercadang mengubah nama badan bola sepak terbabit kepada Persatuan Bola Sepak Melaka City (MCFC). Ia berikutan Melaka City lebih menggambarkan kedudukan bandar raya berkenaan di mata dunia berbanding Melaka United (MU) walaupun ia juga terdapat nama Melaka dalam pendaftarannya.

Begitupun, ia adalah cadangan dan perancangan yang cuba dilakukan MUSA untuk faedah dan kebaikan bersama pengurusan bola sepak negeri terbabit.

Mohd Yusoff berkata, tidak terdapat implikasi terhadap peraturan dan perjalanan pengurusan pasukan, termasuk jika layak beraksi atas tiket Piala AFC pada masa depan.

Menurutnya, ia juga satu penjenamaan semula, seperti pertukaran nama persatuan asal Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) kepada MUSA sebelum ini.

Idris yang dipilih sebulat suara menerajui jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) pada sesi Kongres MAFA ke -58 (2013) di Seri Bendahara, Ayer Keroh  menjenamakan pasukan terbabit kepada MUSA.

Penjenamaan semula pada 2013 itu turut menjelmakan aksi cemerlang Melaka selepas terperosok lima musim beraksi di pentas Piala FAM, sebelum muncul juara piala terbabit (2015) dan kembali beraksi di Liga Perdana 2016 dan melonjak ke Liga Super 2017.

Musim ini, skuad Hang Tuah layak ke Piala Malaysia selepas hampir 10 tahun tidak merasai nikmat aksi di pentas piala berprestij itu.



Sumber MU ke Melaka City selepas penswastaan: Yusoff

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfY52v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.