Lagi Kekacauan Meletus Di Tengah Myanmar
YANGON – Satu lagi siri kekacauan meletus di Taungdwingyi, Magway tengah Myanmar malam tadi, memaksa pasukan keselamatan menggunakan perisai untuk meredakan keadaan, lapor agensi berita China Xinhua, memetik agensi berita Myanmar.
Pada pukul 8.05 malam, kira-kira 50 orang melemparkan batu, memusnahkan beberapa rumah dan kedai di jalan Mayway-Taungdwingyi dan kemudian bergerak menghampiri sebuah masjid yang dikawal polis.
Kira-kira sejam kemudian, satu lagi kumpulan seramai 70 orang sambil membawa lastik dan batu berkumpul di bahagian utara masjid dan ditambah pula dengan 400 orang yang ingin melihat apa yang berlaku menyebabkan keadaan menjadi tegang.
Pasukan polis terpaksa menggunakan perisai apabila mereka enggan bersurai.
Seorang suspek yang melempar batu ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan pihak lain yang turut terlibat.
Baru-baru ini, beberapa siri kekacauan berlaku serentak dengan serangan keganasan di Rakhine Myanmar. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wk35zj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment