Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis nafi tahan Dewali Keramat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis nafi tahan Dewali Keramat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan tokan dadah dipercayai membekalkan bahan terlarang itu kepada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh  Ishar Singh berkata, tiada tangkapan dibuat pihaknya seperti dilaporkan.

“Tiada tangkapan membabitkan lelaki seperti yang tular di media sosial dan berita itu adalah tidak benar.

“Diharap orang ramai berhenti menyebarkannya viral itu. Polis memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan berita palsu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, kecoh tentang satu mesej viral di Facebook dengan memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Dewali Keramat ditahan polis.

Dalam mesej itu, suspek didakwa menjadi pengedar di sekitar Keramat dan mempunyai pelanggan yang terdiri daripada semua peringkat usia.

Individu terbabit juga dikatakan menjadi pembekal dadah kepada suspek remaja lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini.

Polis turut dikatakan merampas 117 pil kuda bernilai RM1,170 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Keramat Hujung, petang kelmarin.

The post Polis nafi tahan Dewali Keramat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCPQtC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.