Pihak Berkuasa Akhirnya Merobohkan "Rumah Paku" Selepas 14 Tahun Menghalang Laluan
Pihak berkuasa di Shanghai akhirnya “berjaya” merobohkan sebuah “rumah paku” yang terletak di tengah jalan dan mengganggu aliran trafik sejak 14 tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas pemilik rumah tersebut akhirnya bersetuju dengan jumlah pampasan yang dianggarkan bernilai kira-kira 2.7 juta yuan ( RM 1.7 juta).
Sebelum ini, pemilik tersebut sudah beberapa kali ditawarkan pampasan untuk membolehkan rumahnya diroboh, namun menolak kerana merasakan pampasan yang ditawar tidak setimpal.
Kerja-kerja perobohan yang tertangguh sejak 14 tahun lalu dilaporkan hanya mengambil masa selama 90 minit sahaja dalam tempoh semalaman.
Keadaan ini bukanlah fenomena baru di China keran terdapat beberapa kes seumpama itu dimana pemiliknya enggan rumahnya diroboh di tengah-tengah projek pembangunan yang pesat.
Sumber : BBC
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fgSKSf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment