Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ajal di lorong kecemasan lebuh raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ajal di lorong kecemasan lebuh raya

Seorang anggota trafik berpangkat sarjan meninggal dunia di Kilometer 70.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini selepas memberhentikan keretanya untuk muntah di lorong kecemasan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadiaan itu pada jam 5 petang.

Menurutnya, hasil siasatan pada kad pengenalan mangsa mendapati lelaki terbabit adalah anggota Traffik yang bertugas di Ibu Pejabat Polis  Daerah Kubang Pasu, Sarjan Marzuki Ab Bakar, 52.

Katanya, sebelum kejadiaan, peronda Plus ternampak sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan di KM70. 8 arah utara.

“Petugas lihat kenderaan mangsa di lorong kecemasan lalu mereka berhenti untuk memberi bantuan.

“Menurut mereka terdapat seorang lelaki berada dalam kereta terbabit dan sedang muntah-muntah.

“Bagaimanapun, apabila peronda Plus bertanyakan keadaannya,  lelaki itu menjawab ‘saya okay’ lalu peronda PLUS meneruskan rondaan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berpatah balik, kereta terbabit masih di lokasi sama dan setelah dihampiri mereka mendapati lelaki iti sudah meninggal dunia.

Katanya, hasil siasatan mendapati arwah sememangnya mempunyai masalah kesihatan iaitu mengalami ketumbuhan di kepala dan sedang menjalani rawatan.

“Jenazah diserahkan kepada ahli keluarganya di Kulim untuk urusan pengebumian dan majlis pengebumian dijangka pada esok pagi,” katanya.

The post Ajal di lorong kecemasan lebuh raya appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xrGQfL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.