Amuk di kantin polis, lelaki baru bercerai dipenjara
PETALING JAYA, 11 Sept — Akibat mengamuk di kantin ibu pejabat polis daerah (IPD), seorang lelaki dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu terhadap Hussin Mohd Yusoff, 36, selepas dia mengaku bersalah merusuh dan berkelakuan tidak senonoh di balai polis itu dengan cara menjerit dan menghentak meja makan di kantin itu.
Mahkamah memerintahkan bekas mekanik itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 7 Sept lepas.
Dia melakukan kesalahan itu di IPD Petaling Jaya pada 4.30 petang, 7 Sept lepas mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia baru berpisah dengan isterinya.
Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Fazeedah Faik memohon hukuman berat berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
Mengikut fakta kes, tertuduh mengamuk dan membuat kecoh di kantin IPD itu secara tiba-tiba dengan menjerit serta menghentak meja makan sebelum ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ. — Bernama
Sumber Amuk di kantin polis, lelaki baru bercerai dipenjara
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVDVbY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment