Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care Pian” – Sajat maafkan Pian Kpop - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care Pian” – Sajat maafkan Pian Kpop

Pemuda yang sebelum ini mempersendakan wajah anak angkat Nur Sajat pastinya tidak keruan apabila usahawan kosmetik itu hanya mendiamkan diri selama beberapa hari selepas lelaki berkenaan membuat permohonan maaf.

Malahan, lelaki yang dikenali sebagai Pian Kpop itu sebenarnya boleh menarik nafas lega apabila permohonan maafnya diterima Sajat.

Ia susulan tindakan Pian yang sekali lagi tampil memohon maaf tetapi ia dibuat memerusi ruangan komen di akaun Instagram milik Sajat pada Ahad.

“Salam akak Sajat… sihat ke tu… marah Pian lagi ke? Pian betul-betul minta maaf akak,” kata Pian sambil memuji produk keluaran usahawan itu.

 

Mesej tersebut dibalas Sajat sambil berkata: “Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care (jaga diri) Pian.”

“Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care Pian” - Sajat maafkan Pian Kpop

“Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care Pian” – Sajat maafkan Pian Kpop

Sajat telah menerima permohonan maaf Pian.

Respons Sajat itu ternyata menceriakan hari Pian pada hujung minggu apabila dia memuat naik paparan skrin mesej berkenaan di laman sosialnya pada Ahad.

Pian yang mengucapkan kesyukuran turut memuji kemuliaan hati Sajat kerana sudi memaafkannya.

“Yeay!!! Kak Sajat tak marah Pian dah. Sayang Kak Sajat. Akak Sajat ni baik orangnya,” kata Pian yang mendapat pujian netizen kerana mengakui kekhilafannya dan tidak berputus asa meminta maaf.

Rabu lalu, Pian yang terkenal dengan video parodi di laman sosial memuat naik gambar Sajat bersama dua anak angkatnya tetapi disunting dan digantikan dengan gambarnya sendiri.

Sajat yang berang dengan perkara itu memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap Pian berikutan lawaknya yang keterlaluan.

Pian kemudiannya mengakui tindakannya itu agak keterlaluan dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Pemuda itu turut berjanji tidak akan mengulangi perkara itu sambil memberitahu, tindakan keterlaluan tersebut dibuat semata-mata mahu meraih perhatian Sajat.

“Bukan apa, Pian nak perhatian daripada Kak Sajat sebab semua orang tidak mahu ambil perhatian pada Pian. Minta maaf Kak Sajat,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care Pian” – Sajat maafkan Pian Kpop

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eY6IZ8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.