Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh'

Betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar mereka menjadi orang yang berguna di masa akan datang. Jangan pernah mengambil mudah apa yang anak pelajari dan lalui, ia memberikan pelbagai kesan yang kita tidak tahu akibatnya kelak. Seperti yang diceritakan oleh Puan Nadiah Yusof, membuatkan hati ini rasa sebak bila seorang lelaki yang pernah mendapat 10A dalam SPM, kehidupannya berakhir dengan tali gantung. 
KES remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya pada kejadian 8 tahun lepas, ketika saya masih seorang pelatih. Saya menerima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya. Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.
Ini kali pertama saya melihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya. 
Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh tiga orang penghuni rumah iaitu, isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji. Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, suami mangsa pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.
Saya lihat betul-betul wajahnya, sampai sekarang saya masih boleh mengingati wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. 
Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah sebelum pecah masuk rumah mangsa, dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi. Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di dalam rumah itu. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.
Bila masuk ke wad, social history lebih terperinci didapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.
Ketika dia dimasukkan ke hospital, tidak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada nombor telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian dengannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.
Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam dua hari saja, habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.
Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat di mana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. 
Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.
Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat. Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia? Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.
Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari 'high', baru sedar dia membunuh tiga nyawa.
"Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh."
"Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya."
Ketika itu saya sebak, mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah dan masalah keluarga.


Sumber 'Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xdzhbS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.