Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegawai JPJ "Fasih Cakap Mandarin" Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah Selepas Videonya Jadi Viral..


SHAH ALAM - Selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid di Putrajaya.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.

“Nur Syafiqah bertugas di kaunter pendaftaran kenderaan. Beliau akan berhadapan terus dengan pelanggan.

“Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Nur Syafiqah dijangka bertemu Shaharuddin pada hari esok. 

Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.

Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin.

Sumber: Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jI9LGa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.