‘Panggilan ‘hey perempuan’ itu sangat biadap, tak termasuk kata kesat lain” – Tash Yong perjelas sebab sebenar tinggalkan set pengambaran
DISEBABKAN rasa tersinggung dengan sikap kru produksi yang memperkotak-katikkan maruahnya di hadapan umum, pelakon meningkat naik, Tash Yong, 27, sanggup melakukan tindakan drastik apabila tidak muncul di lokasi penggambaran sebuah drama dibintanginya.
Mengikut cerita di belakang tabir yang tersebar mendakwa Tash sanggup tidak muncul ke lokasi penggambaran ketika itu kerana tidak sukakan jalan cerita skrip ditulis selain mempunyai masalah disiplin.
Tash atau Nur Natasha Syazlia Rosli ketika dihubungi mengakui melakukan tindakan itu.
Bagaimanapun katanya, ia tiada kaitan langsung dengan masalah disiplin dan skrip ditulis.
“Sebenarnya hampir empat tahun aktif berlakon, saya belum pernah sekali pun membuat tindakan untuk tidak muncul di lokasi penggambaran pada hari berikutnya.
“Tindakan saya itu berpunca daripada rasa tersinggung terhadap kru produksi yang tidak menghormati maruah saya sebagai wanita.
“Kejadian ini sebenarnya berlaku kira-kira dua bulan lalu ketika saya terbabit dalam penggambaran satu drama rantaian yang berepisod panjang.
“Saya berasa sangat malu apabila kru produksi itu memanggil saya ‘hey perempuan’ ketika memberi arahan dan perbuatan berkenaan pada saya sangat biadap dan tidak profesional. Itu tidak termasuk kata kesat yang lain.
“Saya ada nama yang sudah diberi keluarga atau pun kru produksi itu boleh panggil saja saya dengan nama watak yang dilakonkan untuk memberi arahan. Saya faham,” katanya.
Bagi pelakon drama Shhh..I Love You, panggilan ‘hey perempuan’ agak kasar dan umpama menggambarkan situasi dirinya sebagai seorang wanita yang tidak bermaruah di kala lokasi penggambaran dibuat di satu pusat pengajian tinggi.
“Ketika diperlakukan sebegitu, saya dapati pelajar pula sentiasa lalu-lalang. Lagilah saya malu tetapi masih mampu kuatkan diri untuk menyiapkan penggambaran dibuat pada hari berkenaan.
“Cuma, untuk melakonkan babak lain pada hari berikutnya, saya rasa tidak kuat menghadapinya dan sudah tidak sanggup ke lokasi penggambaran untuk bekerja. Bagi saya, persekitaran kerja dilalui pasti tidak seronok kerana penuh dengan aura negatif,” katanya.
Apapun, Tash berkata dia dapat juga menyiapkan penggambaran drama itu selepas meminta pihak penerbit memasukkan namanya bekerja dengan kru produksi yang lain.
“Saya sudah menceritakan sebab sebenar kepada penerbit kenapa sanggup bertindak begitu. Bagi saya, maruah adalah harga diri yang harus disanjung terutama bagi seorang wanita. Lagi pun, saya tidak fikir panggilan ‘hey perempuan’ oleh kru produksi itu sekadar untuk bergurau.
“Apapun, mujur pihak penerbit faham dan bertimbang rasa dengan situasi saya. Namun, saya tetap mengharapkan janganlah ada lagi cerita yang tidak benar terus disebar mengenai diri saya.
“Semoga dengan penjelasan saya ini harapnya segala yang keruh itu kembali menjadi jernih. Terus-terang, saya sangat meminati dan menyayangi karier lakonan ini,” katanya.”
Sumber: Metro
Sumber ‘Panggilan ‘hey perempuan’ itu sangat biadap, tak termasuk kata kesat lain” – Tash Yong perjelas sebab sebenar tinggalkan set pengambaran
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xgiEtF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment