Hi! Welcome Back and Stay Tune! Catnip : Tumbuhan Mengkhayalkan Ibarat 'Ganja' Tetapi Baik Untuk Kucing Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Catnip : Tumbuhan Mengkhayalkan Ibarat 'Ganja' Tetapi Baik Untuk Kucing Anda

Sekiranya anda seorang yang membela atau meminati kucing, pasti anda pernah terdengar tentang catnip. Atas sebab ianya mendatangkan kesan khayal, boleh dikatakan catnip ini kepada kucing adalah seperti ganja kepada manusia.

kucing bermata stim

Tumbuhan catnip atau nama saintifiknya Nepeta cataria tumbuh subur di kawasan utara Eropah, New Zealand, Amerika Utara dan juga Asia Tengah. Tumbuhan renek ini mempunyai daun lembut berwarna hijau dan bunga yang berwarna putih-ungu. Ia tumbuh merimbun dan juga dikenali dengan nama catmint dan catswort.

melepak dengan catnip

Pada bahagian daun, batang dan bunga tumbuhan ini terdapat bahan aktif dinamakan nepetalactone yang menarik perhatian kucing. Daripada kajian yang dijalankan, kesan nepetalactone ini bukan sahaja terhad kepada kucing domestik, tetapi meliputi spesis kucing besar seperti lynx, cougar, jaguar, harimau bintang, harimau belang dan juga singa.

khayal melayan catnip

Kebiasannya, apabila berada berdekatan dengan tumbuhan ini, kucing akan bertindak dengan menghidu daun dan bunganya sebelum menjilat dan menggigit daun itu sambil menggoyangkan kepala. Kucing kemudiannya akan menggosokkan daun pada pipi mereka, bergolek-golek dan menggeselkan badan.

kucing sukakan catnip

Perlakuan unik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif nepetalactone dalam tumbuhan catnip tadi. Namun begitu, ada juga kucing yang tidak menunjukkan apa-apa tindakbalas apabila berada berdekatan tumbuhan ini. Keadaan ini dikatakan akibat dari variasi faktor genetik dan keturunan kucing yang pelbagai.

kucing menggigit catnip

Apa yang menarik, bahan aktif nepetalactone yang dikenalpasti wujud di dalam tumbuhan catnip pada tahun 1942 ini boleh diekstrak menggunakan teknik sulingan dan digunakan sebagai penghindar serangga seperti lalat, nyamuk, lipas dan anai-anai.

Antara kebaikan memberikan catnip kepada kucing, ianya akan membuatkan kucing lebih tenang, mudah bergaul, kurang tekanan, dan menghilangkan kebosanan. Pada masa yang sama, gelagat kucing yang bergolek-golek melayan catnip ini pasti membuatkan kita tertawa.

kucing khayal melayan catnip

Di Malaysia, catnip boleh didapati dalam bentuk serbuk, daun yang telah dikeringkan, semburan dan juga mainan kucing yang telah diisikan dengan daun catnip. Mengikut kajian, kucing tidak akan mengalami gejala ketagihan catnip. Kesan khayal dari catnip akan lupus selepas beberapa ketika dan kucing akan kembali berperilaku seperti normal. Jadi, tidak menjadi suatu kemudaratan sekiranya kucing anda diberi dos 'ganja kucing' yang berpatutan sekali sekala untuk menghilangkan stress.

sedap melayan catnip 605

Sekiranya anda terfikir untuk membalut dan menghisap catnip yang telah dikeringkan, batalkan sahaja niat anda kerana kesan khayal catnip hanyalah terbatas kepada kucing sahaja dan ianya tidak membawa kesan yang sama kepada manusia.

Sumber Rujukan: Wikipedia, Pets4Homes, Reader'sDigest



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yeybuc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.