Dua budak lelaki disyaki jadi pendera seksual ditahan
MIRI, 11 Sept — Dua budak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun ditahan di Limbang petang tadi bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan penderaan seksual ke atas budak perempuan berusia sembilan tahun di Limbang, malam semalam.
Kedua-dua suspek didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor baja di Kampung Palas pada 7.10 malam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata kedua-dua suspek ditahan selepas ibu mangsa yang berusia 32 tahun, seorang pekerja ladang, membuat laporan polis.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata wanita itu memberitahu polis beliau terjumpa anaknya berbaring di atas tilam tanpa pakaian dari pinggang ke bawah selepas kali terakhir beliau melihat anaknya bermain dengan kedua-dua budak lelaki itu. — Bernama
Sumber Dua budak lelaki disyaki jadi pendera seksual ditahan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVtF5c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment