Hi! Welcome Back and Stay Tune! Marquez gegar San Marino - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Marquez gegar San Marino

Misano Adriatico, Itali: Juara dunia dari Sepanyol, Marc Marquez (gambar) mengungguli perlumbaan MotoGP yang berlangsung dalam keadaan basah di San Marino sekali gus berkongsi kedudukan dengan penunggang Itali, Andrea Dovizioso di tangga teratas senarai pelumba.

Marquez yang menunggang Honda, menamatkan perlumbaan di depan pelumba Ducati dari Itali, Danilo Petrucci sambil Dovizioso yang turut menunggang Ducati, berada di tangga ketiga.

Marquez dan Dovizioso masing-masing mengumpul 199 mata di kedudukan pelumba musim ini dengan berbaki lima lagi aksi.

Pada perlumbaan sebelum itu, penunggang Switzerland, Dominique Agerter (Suter) memenangi kategori Moto2 selepas melepasi garisan penamat di depan gandingan pelumba Kalex, Thomas Luthi dari Switzerland dan Hafizh Syahrin dari Malaysia sekali gus menjadi kemenangan kedua sepanjang kariernya setakat ini.

Pelumba Itali yang menunggang Honda, Romano Fenati pula tidak mampu dicabar pelumba lain dalam kategori Moto3.

Pada perlumbaan yang menyaksikan ramai penunggang terjatuh akibat permukaan trek yang licin, Fenati menamatkan aksi di depan pendahulu kategori pelumba setakat ini, Joan Mir dan Fabio Di Giannantonio.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjyFgl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.