Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minggu Destini Siswa digelar Minggu Dera Siswa, benarkah minggu orientasi UiTM cemar nama universiti? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minggu Destini Siswa digelar Minggu Dera Siswa, benarkah minggu orientasi UiTM cemar nama universiti?

MEMANDANGKAN sekarang ni sedang musim kemasukan pelajar baharu setiap universiti awam, menjadi adat sebagai penuntut baharu, pastinya akan ada minggu orientasi bagi semua freshie.

Minggu Destini Siswa digelar Minggu Dera Siswa, benarkah minggu orientasi UiTM cemar nama universiti?

Minggu Destini Siswa digelar Minggu Dera Siswa, benarkah minggu orientasi UiTM cemar nama universiti?

Namun betul ke minggu orientasi ni orang panggil sebagai ‘hectic week’? Ye lah, dalam seminggu tu juga lah pelajar baru perlu fasih dengan setiap selok belok bangunan universiti.

Dekat mana kelas, dekat mana bangunan fakulti, dekat mana kafe, dekat mana pejabat HEP dan banyak lagi.

Mungkin ada yang masih ingat tentang isu ‘mendera’ pelajar baru yang terjadi dekat Universiti Teknologi Mara(UiTM) Puncak Alam beberapa ketika yang lalu pada minggu orientasi UiTM yang dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS).

 

Tapi, tahu tak yang ada sesetengah pihak atau netizen yang menggelar MDS ini sebagai Minggu Dera Siswa. Mana tidaknya, semua benda nak kena cepat dan pantas.

Malah tagline yang mereka gunakan sewaktu MDS ialah ‘Pantas siswa/i pantas!’. Tetapi benarkah minggu orientasi ini memberi impak yang negatif kepada pelajar dan tidak mencerminkan tahap univeriti ini?

Atau sebenarnya salah itu adalah semata pada para fasilitator yang konon berkuasa? Atau sebenarnya tiada isu, cuma pelajar baharu yang ‘manja’ tak boleh buat itu ini?

Selaku pengguna Twitter yang sentiasa membincangkan isu yang sedang tular, Asrul Muzaffar sekali lagi mempersoalkan aktiviti MDS dianjurkan pelajar senior UiTM.

Malah, dia sempat memberi pesan kepada pelajar yang baru mendaftar masuk, yang mana jika berlaku aktiviti tak sepatutnya terjadi ketika minggu orientasi, mereka boleh melaporkan kepada dirinya.

Dia juga membantah beberapa kejadian ‘dera’ sewaktu minggu orientasi MDS apabila ada senior memanggil junior dengan panggilan ‘anjing’, memaksa junior minta tandatangan senior, berjalan itik, mandi longkang dan banyak lagi perkara negatif.

Jadi adakah aktiviti seperti itu dikatakan tidak relevan untuk penuntut universiti? Atau ianya sekadar suka-suka sebagai sesi suai kenal dan membiasakan diri dengan persekitaran baharu?

Tapi jika dilihatkan pada respon netizen di Twitter tentang isu yang dibangkitkan oleh Asrul itu, nampak macam ramai yang tak puas hati dengan aktiviti MDS yang diaturkan oleh para fasilitator sesetengah UiTM.

Sebenarnya isu seperti ini bukan sahaja berlaku ketika minggu orientasi ketika di UiTM sahaja. Malah ia juga berlaku di semua universiti atau kolej tempatan.

Tapi ia tidak diperbesarkan seperti apa yang terjadi di UiTM. Mungkin kerana UiTM merupakan universiti tumpuan, jadi masalah cuma dilihat di UiTM sahaja.

Asrul juga ada memuat naik satu lagi tweet bergambar menunjukkan respon mengenai minggu orientasi IPTA daripada pelajar baharu serta beberapa lagi pihak yang berkenaan.

Ada juga yang mempersolakan keperluan untuk membuat roll call malam. Bukan kah waktu malam itu ialah waktu rehat untuk semua pelajar baru memandangkan mereka akan memulakan aktiviti di awal pagi keesokannya?

Atau jika perlu dibuat sesi ‘brain wash’ itu jika berlaku sebarang masalah disipin yang dilakukan oleh para pelajar sendiri.

Malah ada juga pelajar yang mengadu bahawa waktu solat yang diberikan hanya selama 10 minit, Bayangkan pelajar yang mendaftar ialah seramai hampir 1,000 lebih pelajar. Jadi cukupkah 10 minit yang diberikan untuk solat?

Malah mereka disuruh untuk segera solat agar tidak membuang masa terhadap aktiviti yang sudah dirancangkan.

Sebenarnya minggu orienatsi ni sepatutnya menjadi minggu yang akan menjadi kenangan kepada semua pelajar baru. Yang mana akan dijadikan contoh minggu orientasi yang terbaik kepada batch yang lain.

Di situlah mereka akan mengenali rakan baru, biasakan diri dengan persekitaran yang baru dan mulakan hidup yang baru sebagai siswazah universiti.

Jadi perkara seperti ‘penderaan minggu orientasi’ ini sebenarnya tidak wajar berlaku walau di IPTA mahupun IPTS. Jangan sampai bila habis saja minggu orientasi, junior akan bermusuh dengan fasilitator yang mengendalikan minggu orientasi tersebut.

Mungkin selepas ini semua fasilitator di setiap IPTA atau IPTS akan memperbaiki cara pengendalian minggu orientasi yang akan datang. Jangan kerana salah fasi, universiti atau kolej yang dapat malu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w5VUuo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.