Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tinjauan: Tolak rundingan dengan PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tinjauan: Tolak rundingan dengan PAS

Tinjauan: Pembaca M'kini tolak rundingan dengan PAS tapi tetap sokong PKR
mk   -   Hari ini, 10:56 pagi
Sokongan terhadap PKR tidak akan terjejas teruk sekalipun jika parti itu bertegas untuk meneruskan langkah tidak popular untuk berunding dengan PAS bagi membentuk pakatan pilihan raya, demikian mengikut tinjauan selama seminggu yang dijalankan oleh Malaysiakini bermula 28 Ogos.

Berdasarkan kepada lebih 8,800 responden di laman web berbahasa Inggeris, 76 peratus responden yang mengundi dalam tinjauan itu, percaya PKR sepatutnya berhenti berunding dengan PAS, manakala 10 peratus menyokong rundingan itu.

Tiga belas peratus berkata PKR harus mengadakan kongres khas untuk membincangkan perkara itu, sementara satu peratus tidak peduli.

Walaupun majoriti responden menolak rundingan dengan PAS, 71 peratus mengatakan mereka masih akan mengundi PKR dan Pakatan Harapan sekalipun jika PKR bertegas untuk berunding dengan parti Islam itu.

Sepuluh peratus berkata mereka akan mengundi parti pembangkang yang berbeza seperti PAS atau PSM, sementara peratusan yang sama mengatakan mereka akan mengundi BN.

Sementara itu, sembilan peratus responden berkata mereka sama ada tidak mengundi atau akan merosakkan undi mereka.

Isu rundingan dengan PAS berhubung agihan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, telah menimbulkan pergeseran dalam PKR, dengan kedua belah pihak berbalah secara terbuka.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah cuba menyelesaikan perkara itu dengan mengatakan bahawa beliau telah menggalakkan parti itu berbincang dengan PAS, tetapi ini juga gagal mmeredakan ketegangan.

Antara penyokong utama rundingan itu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang sesetengah pihak berspekulasi yang beliau mahu menarik PAS untuk mengekalkan penguasaan pembangkang di negeri itu.

Bagaimanapun, 65 peratus responden yang mengundi dalam tinjauan Malaysiakini itu percaya HARAPAN dapat mengekalkan Selangor walaupun berlaku pertarungan tiga penjuru.

Sebanyak 28 peratus lagi mengatakan HARAPAN akan kehilangan negeri itu, manakala enam peratus mengatakan mereka tidak tahu apa yang akan berlaku.

Antara mereka yang menjawab tinjauan itu, ramai yang melihat PAS sebagai sekutu Umno dan BN, manakala 16 peratus percaya ia adalah bebas. Manakala 10 peratus lagi berpendapat PAS adalah rakan HARAPAN.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f2xrQH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.