Polis Thai Tunjuk Bukti Yingluck Lari Ke Luar Negara
BANGKOK – Polis Thailand semalam menyiarkan bukti menunjukkan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra melarikan diri dari negara itu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Polis berjaya mengumpulkan rakaman yang menunjukkan 10 kenderaan kelihatan melalui kediaman bekas perdana menteri itu pada 23 dan 24 Ogos lepas, Yingluck dipercayai menggunakan satu daripada kenderaan berkenaan untuk melarikan diri.
Semua kenderaan itu kini disita untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Diraja Thailand Srivara Ransibrahmanakul berkata, pihak berkuasa hanya boleh bertindak membatalkan pasport Yingluck selepas Mahkamah Agung membuat keputusan berhubung kes beliau.
Pada masa sama, polis meminta pihak berkuasa dari 190 buah negara membantu mengesan bekas perdana menteri Thailand itu.
Setakat ini, Kemboja, Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan tiada bukti menunjukkan Yingluck berada negara berkenaan.
Sementara itu, polis sempadan Thailand juga memaklumkan tiada tanda Yingluck melintasi sempadan.
Yingluck gagal hadir di mahkamah bagi mendengar keputusannya pada 25 Ogos lepas, justeru Mahkamah Agung mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 27 September ini.
Pada Mei 2014, Yingluck dituduh menyalahgunakan kuasa serta cuai dalam subsidi beras yang menyebabkan negara mengalami kerugian besar.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjarakan sehingga sepuluh tahun dan asetnya bernilai 35 bilion bhat (hampir AS$1 bilion) dirampas. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j20bh0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment