Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenderaan Google Street View Dikemaskini Dengan Kamera Beresolusi Lebih Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenderaan Google Street View Dikemaskini Dengan Kamera Beresolusi Lebih Tinggi

Google Street View amat berguna untuk melihat kawasan sekeliling tanpa meninggal komputer atau telefon pintar. Di Malaysia lebih 90% jalan awam telah dipetakan oleh Google Street View sejak memulakan operasi pada tahun 2014. Google telah memperlihatkan rekaan baru kenderaan Street View mereka. Ini adalah kemaskini rekaan terbesar sejak lapan tahun kebelakangan ini.

Perubahan pertama ialah kamera dengan resolusi lebih tinggi. Sebanyak tujuh kamera dengan resolusi 20-Megapixel digunakan pada modul Street View berbanding 15 kamera sebelum ini. Ini menjadikan bebola kamera di atas kenderaan yang cukup dikenali menjadi lebih kecil. Dua buah kamera yang memandang pada sisi kenderaan pula digunakan untuk mengambil gambar perniagaan yang wujud sepanjang perjalanan.

Google menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk mengenalpasti nama perniagaan dan jalan di dalam gambar yang dirakam. Sistem kecerdasan buatan cukup pintar untuk mengenalpasti nama kedai dengan membezakan tanda dagang jenama yang mungkin terpapar pada papan tanda kedai.

Penggunaan kamera baru ini menghasilkan gambar yang bukan sahaja lebih jelas tetapi turut memaparkan warna yang lebih bermaya berbanding imej sebelum ini. Perbezaannya boleh anda lihat di atas. Street View ialah usaha Google untuk merekodkan dunia sebenar seperti mereka merekodkan kandungan internet. Data dari Street View boleh digunakan untuk melihat pembangunan dari tahun ke setahun.

Buat masa ini hanya beberapa kawasan telah diambil menggunakan kamera baru Street View. Street View telah memetakan lebih 16 Juta kilometer jalan raya setakat ini. Kesemua ini bakal dirakam semula untuk imej yang lebih baik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wGMTtt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.