Tak hanya di Malaysia, media dan blog-blog hiburan Indonesia beri publisiti meluas perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella
TIDAK sahaja di Malaysia, nampaknya media dan blog-blog hiburan di Indonesia mulai sibuk melaporkan perkembangan mengenai hubungan Laudya Cynthia Bella dengan Engku Emran.
Mereka dilaporkan bakal bernikah pada pertengahan bulan ini.
Ketika Engku Emran, 42, cuba berahsia mengenai kisah cintanya itu, keterbukaan Laudya mendedahkan hubungan mereka sekali gus menggambarkan kedua-duanya sudah membilang detik indah untuk bersatu sebagai suami-isteri.
Blog Liputan6.com menerusi segment Showbiz misalnya selain sempat memunggah beberapa perkongsian Laudya, 29, turut menyenaraikan enam sisi peribadi Engku Emran yang dikatakan mampu memikat hati aktres cantik itu.
Antara yang disenaraikan, Engku Emran dikatakan seorang yang rajin mengaji Al-Quran selain mula berhenti merokok dan aktif dalam sukan.
Manakala blog Bintang.com yang turut berkongsi kebersamaan pasangan ini menghadiri satu majlis pernikahan sahabat Laudya iaitu Whulandary Herman dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Malaysia iaitu Nik Ibrahim.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi foto yang dimuatnaik pada Ahad lalu itu, kelihatan kelibat puteri Engku Emran iaitu Engku Aleesya, 8, turut serta dalam majlis berkenaan.
Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinannya dengan Erra Fazira.
Seperti dilaporkan blog berkenaan, Aleesya seperti bersetuju dengan pilihan bapanya itu dan kelihatan sudah bersedia menerima Laudya yang bakal menjadi ibu tirinya tidak lama lagi.
Malah menerusi gambar tersebut juga, kelihatan Aleesya duduk berdampingan dengan Bella dan tangan kirinya digenggam Bella. Turut bersama dalam gambar tersebut ialah Engku Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Menerusi perkongsian Laudya di laman Instagramnya sejak Isnin, dia sedang menggambarkan dirinya kini sedang menuju ke satu frasa baru iaitu menikah.
“Ini adalah bagian terbaik dalam hidupku, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”. Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur,” tulisnya pada Isnin.
Dengan linangan air mata, dia juga dilihat memohon restu daripada orang tuanya. Tampil dengan balutan busana muslimah rona ungun bunga-bunga, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini tampak begitu manis dengan persalinan berkenaan.
“Semua rasa datang dari Allah. Dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis di sini. InshaAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir. Ya Allah tolong jaga keluargaku. Amieennn…ea sayang kalian,” ungkapnya.
Malah disalah satu entri di Instagram miliknya, Laudya juga seperti memberi gambaran pernikahannya dengan Engku Emran bakal berlangsung pada pertengahan September ini.
Bagaimanapun dia tidak menyebutkan hari istimewa itu bakal berlangsung.
“September akan menjadi bulan terbaik buat kita berdua,” ujarnya saat bergambar dengan salah seorang sahabatnya.
Dikatakan Engku Emran dan Laudya memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan seperti yang lazim dilakukan oleh kebanyakan pasangan, sebaliknya memberi keutamaan pada majlis pernikahan.
Sumber: Mstar
Sumber Tak hanya di Malaysia, media dan blog-blog hiburan Indonesia beri publisiti meluas perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f2N4YE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment