Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga Johor tidak terpengaruh politik persepsi pembangkang - Fahariyah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga Johor tidak terpengaruh politik persepsi pembangkang - Fahariyah

KUALA LUMPUR: Warga Johor tidak mudah terpengaruh dengan politik persepsi yang semakin agresif dimainkan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, agenda pembangkang itu sudah dapat dihidu dan difahami sejak sekian lama oleh warga Johor.

Tegasnya, apa pun yang cuba diputar-belitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan menjadi kudis.

"Namun, saya tidak menafikan mungkin ada segelintir yang akan terpengaruh terutamanya golongan muda tetapi masih ramai yang yakin dan percaya dengan kepimpinan sedia ada.

"Bagi mereka yang terpengaruh ini, saya menyeru agar mereka kembali berfikir secara matang dan rasional agar dapat menilai mana yang baik dan buruk.

“Saya tidak mengatakan kepimpinan BN adalah yang terbaik tetapi kita jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pembangkang malah apa sahaja yang kita lakukan dan ucapkan adalah berdasarkan fakta dan bukan sekadar janji bulan dan bintang," katanya dalan satu kenyataan di sini, hari ini.

BACA: BN Johor tumpu usaha pertahan, rampas kerusi dimenangi pembangkang

BACA: Pas Johor bakal tanding 17 kerusi Parlimen, 40 DUN

Tambah Fahariyah, memang sudah menjadi agenda pembangkang untuk menawan Johor kerana UMNO sendiri dilahirkan di negeri itu.

"Maka sekiranya negeri ini berjaya dirampas, itu adalah lambang kemenangan besar untuk mereka.

"Tetapi percayalah, apabila mereka berjaya memerintah, janji mereka hanya tinggal janji. Lihat sahaja di Gelang Patah, ahli parlimen pembangkang telah meninggalkan pengundi mereka apabila telah dapat merampas kerusi tersebut.

"Jadi, adakah kita mahu terus memberi kepercayaan kepada mereka atau terus yakin dengan BN yang telah terbukti mendahulukan rakyat?" soalnya.

Sebelum ini, Setiausaha BN Johor Datuk Md Jais Sarday berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan komitmen dan gerak kerja yang diberikan oleh anggota parti komponen demi menjamin kemenangan.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) Johor kini menumpukan usaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lepas dan merampas kembali kerusi yang ditawan pembangkang pada PRU-14 nanti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eGlaRJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.