Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petani berusia 48 tahun dipenjara 115 tahun dan 20 sebatan kerana rogol anak sejak 3 tahun lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petani berusia 48 tahun dipenjara 115 tahun dan 20 sebatan kerana rogol anak sejak 3 tahun lalu

BETONG: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhi seorang petani dengan hukuman penjara 115 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anaknya sejak tiga tahun lalu.

 

 

Petani berusia 48 tahun dipenjara 115 tahun dan 20 sebatan kerana rogol anak sejak 3 tahun lalu

Petani berusia 48 tahun dipenjara 115 tahun dan 20 sebatan kerana rogol anak sejak 3 tahun lalu

 

Petani berusia 49 itu menghadapi lima pertuduhan merogol anaknya yang kini berusia 15 tahun sejak September 2014 hingga Mei tahun ini dan satu lagi tuduhan mencabul mangsa yang sama pada Julai tahun ini.

Hakim Jason Juga, menjatuhkan hukuman 22 tahun penjara dan empat sebatan bagi setiap tuduhan merogol, manakala bagi tuduhan mencabul pula, dia dikenakan hukuman lima tahun penjara.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 22 tahun penjara apabila Jason memerintahkan hukuman penjara terhadapnya dijalankan serentak.

Mengikut kertas pertuduhan, petani terbabit merogol anaknya buat kali pertama di sebuah pondok di kebun kelapa sawit di Kabong pada September 2014, ketika anaknya itu berusia 12 tahun.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa sama dalam bilik tidur rumah tidak bernombor di Kabong antara Januari hingga Disember 2015.

Dalam pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama di dalam bilik mandi di rumah tidak bernombor di Kabong antara Januari hingga Julai tahun ini.

Dia juga didakwa merogol mangsa sama dalam bilik tidur rumah yang sama pada Januari tahun ini dan sekali lagi dalam sebuah bilik di rumah sama pada 31 Mei tahun ini.

Bagi pertuduhan mencabul pula, dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam kereta di tepi jalan, Kampung Sebuyau, Sri Aman pada Julai lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang ketika Jason membacakan hukuman terhadapnya dan pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Jessica Unchi.

Dia ditahan pada 25 Ogos lalu selepas anaknya memberitahu kejadian itu kepada guru sekolah.

Sumber: Bharian



Sumber Petani berusia 48 tahun dipenjara 115 tahun dan 20 sebatan kerana rogol anak sejak 3 tahun lalu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eK9sZO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.