Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertandingan tiga penjuru: Bukan PAS yang mulakan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertandingan tiga penjuru: Bukan PAS yang mulakan?

Betulah tuu.......sebab pilihanraya belum diadakan lagi. Macam mana nak tuduh orang itu, orang ini?
Tapi yang lepas tu.......di Kota Damansara dan Bukit Besi (contoh) siapa yang letakkan calon?

Bukan Pas yang mulakan tiga penjuru
5 SEPTEMBER 2017
Nasrudin Hassan. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku dalam PRU14 ini bukan dimulakan oleh Pas memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal parti Islam itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pada asasnya, semua pihak boleh bersetuju untuk pertembungan satu lawan satu namun realiti politik mutakhir kini dilihat sukar untuk menggelak perkara berkenaan.

“Sebagai contoh di Temerloh, kerusi Dun Semantan dimenangi oleh Pas sejak bertanding dahulu lagi dan saingannya hanyalah Umno-BN. Apabila Pas menang dan calon ini pula masuk Parti Amanah Negara (Amanah), sudah pastinya ia kawasan kita dan kami akan kekal bertanding untuk melawan BN.

“Tapi malangnya mereka pun nak bertanding di sana dengan meletakkan calon Amanah dan dari situ kita nampak wujud tiga penjuru bukannya dari Pas kerana sejak tradisi kita bertanding menentang BN di sana,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Nasrudin berkata, memandangkan Pas kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan, parti Islam itu berhak untuk bertanding di semua kerusi asal mereka sebelum ini termasuk Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pembahagian kerusi di seluruh negara, Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh memaklumkan bahawa perkara itu masih belum dimuktamadkan dan prosesnya akan selesai tidak lama lagi.

“Secara umumnya, kalau kita tak ada hubungan dengan parti lain, maka kita tidak terikat dengan mana-mana kerusi.

“Pas bukan masuk secara membuta tuli, (kerana) kita ada asas, kajian, dan sebagainya. Bukan main letak (calon) saja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Memali, Nasrudin berkata, Pas konsisten dengan penubuhan badan siasatan itu bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, Pas akan memberi kerjasama penuh dan saksi-saksi yang hidup perlu dipanggil untuk memberi kenyataan mengenai insiden pada tahun 1985 itu.

“Dahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah minta masa satu jam kepada stesen-stesen penyiaran untuk menjelaskan maksud sebenar amanat beliau dan kami tak gentar untuk terus desak penubuhan RCI ini,” katanya. - sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xaMXop

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.