Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tercampak Keluar Lori Sebelum Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tercampak Keluar Lori Sebelum Maut


Wanita maut tercampak keluar dari lori selepas kenderaan dinaikinya itu merempuh belakang sebuah treler kontena di Kilometer 177.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Bagan Serai pagi ini.

Dalam kejadian jam 2.53 pagi itu, mangsa Nur Hazwani Zahari, 31, dari Gurun, Kedah difahamkan menaiki kenderaan yang dipandu rakan lelakinya, Mohamad Khalis Che Umar.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Katanya, siasatan mendapati lori yang dipandu Mohamad Khalis cuba memotong treler di hadapan namun gagal sehingga menyebabkannya melanggar bahagian sisi kanan kenderaan berat berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang difahamkan berada di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar dari lori.

"Mangsa bagaimanapun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik yang tiba manakala pemandu lori dan lori kontena tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xad5jx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.