Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyampai Berita Hilang Kawalan Baca Tragedi Tahfiz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyampai Berita Hilang Kawalan Baca Tragedi Tahfiz

penyampai berita hilang kawalan baca tragedi tahfiz

Kredit foto: Youtube Blogger Kacak

Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah penyampai berita Buletin Utama, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah turut terkesan dengan berita kebakaran ngeri yang mengorbankan 23 nyawa di pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah, Keramat.

Momen itu terakam kerika Intan membacakan teks berita secara langsung dalam rancangan Buletin Utama pada malam Khamis.

Awalnya, pembacaan berita wanita itu kelihatan tersangkut-sangkut sebelum akhirnya hilang kawalan ketika menyampaikan kisah tentang nota yang ditulis mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid kepada ibu bapanya.

Difahamkan, nota terakhir itu mengandungi hasrat Amiel yang ingin membawa ibu bapanya ke syurga.

Intan yang tidak dapat menahan sebak terpaksa menghentikan seketika pembacaan sambil menundukkan muka.

Sementara itu, pasangan pembaca berita, Kamaruddin Mape yang berada di sebelah mengambil tanggungjawab menghabiskan teks berita yang ditinggalkan.

Video momen sayu itu telah dimuat naik ke Facebook Buletin Utama sekaligus meraih lebih 600 ribu tontonan dan 5,000 perkongsian.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen turut berkongsi perasaan hiba yang dirasainya. 

Kredit video: Youtube Blogger Kacak 


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h7O7Xo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.