Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAYA CUMA PETIK AL-QURAN, HUKUM TERTINGGI KITA’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAYA CUMA PETIK AL-QURAN, HUKUM TERTINGGI KITA’

Peguam dan aktivis Siti Kasim menafikan dakwaan Pemuda PAS Kelantan bahawa beliau mencabar Yang Di-Pertuan Agong dan menghina Islam melalui tulisan di media sosial berkaitan Nabi Ibrahim.

“Saya menentang dan mencabar Yang di-Pertuan Agong?

“Adakah saya menyebut di mana-mana mengenai Agong?” soalnya di Facebook selepas perkara itu dilaporkan kepada polis hari ini.

Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung status Facebook Siti Kasim pada 1 dan 10 September lalu yang didakwa mengetengahkan tafsiran terhadap ibadah korban dengan menyimpang.

Siti antaranya mengupas asal-usul ibadah korban yang bermula daripada kisah Nabi Ibrahim yang sedia menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Perkara itu diulas panjang lebar di Facebook beliau yang mengundang pelbagai reaksi.

Pemuda PAS hari ini berkata Siti menentang perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, selain mencabar Agong selaku penaung agama Islam.

Islam penyayang

Sementara itu, Siti menafikan beliau menyebarkan fahaman sesat.

“Seingat saya, saya memetik undang-undang tertinggi kita dalam Islam iaitu al-Quran sebagai panduan.

“Jika mereka cakna dengan lebih banyak membaca, mereka juga akan dapati banyak laman web Islam mengatakan perkara sama.

“Adakah Islam di Malaysia hanya untuk PAS dan ulama?” soalnya.

Beliau cuba berkata cuba menunjukkan Islam yang penyayang, penuh belas kasihan dan cinta sejajar dengan ajaran al-Quran.

“Mereka adalah orang-orang yang berusaha keras bagi mengatasi pendapat yang tidak sesuai pada pandangan mereka dan menggambarkan Islam dalam bayangan buruk, ” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h0CO38

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.