“Tolong jangan merokok, jangan sesekali mencubanya, sukar untuk berhenti” – Pesan budak yang pernah viral merokok sejak umur 3 tahunkerana
DI sebuah ladang di sebuah perkampungan kecil di Teluk Kemang Sungai Lilin, Sumatera Selatan, seorang budak lelaki berusia lapan tahun duduk tersenyum bersama ibunya.
Di sebalik senyumannya itu, siapa sangka reputasi dan kehidupan lalu budak lelaki ini begitu dahsyat apabila terpaksa menjalani proses pemulihan yang tidak pernah dilalui kebanyakan rakan seusianya.
Enam tahun lalu, Aldi Suganda, juga dikenali sebagai Aldi Rizal, bukan sahaja terkenal sebagai seorang perokok tegar kanak-kanak, malah dia juga tidak boleh berhenti merokok, dengan menghisap beberapa kotak rokok setiap hari.
“Sukar untuk saya berhenti,” katanya.
“Jika saya tak merokok, mulut saya rasa masam dan kepala saya pening.
“Sekarang saya gembira, rasa lebih bersemangat dan badan saya lebih segar,” katanya.
Dia mencetuskan sensasi global apabila menjadi ‘perokok berantai kanak-kanak’ dengan klip video dia menghisap berbatang-batang rokok tanpa henti tular dan ditonton berjuta-juta kali oleh penduduk seluruh dunia.
Mengimbas situasi lalu, ibunya, Diana berkata anaknya itu akan marah dan naik angin jika keinginannya untuk merokok dihalang atau jika dia enggan memberikan wang kepadanya.
“Dia akan mula menghantukkan kepalanya ke dinding, dia seperti orang gila, menyakiti dirinya jika tidak mendapat rokok,” katanya.
Diana masih ingat lagi bagaimana orang sekeliling melihatnya sebagai ibu yang tidak baik dan selalu mempersoalkan tentang kemahiran keibubapaannya.
“Saya ibu yang lemah, dia sentiasa mengugut saya jika saya tidak memberi wang kepadanya….Saya takut dia akan mati.”
-fotoCNN
Aldi adalah anak bongsu daripada tiga adik beradik lelaki hasil perkongsian hidup Diana dan suaminya, yang tidak mahu dinamakan.
Aldi berbeza dengan kanak-kanak lain apabila menjadi satu-satunya kanak-kanak yang menghisap rokok dalam kuantiti yang sangat banyak berbanding kanak-kanak lain di seluruh pulau di Indonesia, yang mana lebih 267,000 kanak-kanak dianggarkan menggunakan produk tembakau setiap hari.
Diana percaya Aldi mula ketagih disebabkan tekanan dan kehidupan yang terdedah kepada perokok.
Aldi akan dibawa ke pasar setiap hari untuk menemaninya menjual sayur-sayuran yang ditanam dan dia percaya pekerja di sana telah mengajar anaknya merokok.
Selain itu Aldi juga dengan mudah boleh mendapatkan rokok yang dijual di pasaran, katanya.
Di kebanyakan rantau di dunia, ini mungkin hanya dilihat sebagai satu alasan dan tidak realistik, tetapi tidak di Indonesia.
Negara ini mempunyai peratusan tertinggi perokok lelaki di seluruh dunia dan antara negara dengan kadar perokok remaja dan kanak-kanak tertinggi di dunia, didorong oleh kurangnya kawalan ke atas iklan, jualan santai dan harganya yang rendah.
Bagaimanapun, Aldi kini adalah seorang anak muda yang sihat dan cemerlang di sekolahnya.
Tetapi untuk sampai ke tahap ini, dia mengambil masa beberapa tahun untuk menjalani sesi pemulihan bersama psikologi kanak-kanak terkemuka negara yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan untuk Perlindungan Kanak-kanak Dr. Seto Mulyadi.
Selepas menjalani pemulihan, keinginannya terhadap tembakau berakhir.
Di awal proses pemulihannya, Aldi mula makan dalam kuantiti yang banyak seolah-olah satu ‘balas dendam’, dan akhirnya menjadi gemuk.
Tetapi pemulihan peringkat kedua mampu mengatasi keinginannya untuk makan berlebihan, membuatkan anak muda ini kembali sihat dan mampu duduk di sebelah ibunya hari ini.
Mulyadi percaya satu manfaat bekerja dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah ketagihan adalah ketangkasan mental mereka.
Dalam kes Aldi, usianya dan kecerdasan membolehkan dirinya bertindak balas dengan cepat terhadap rawatannya.
Mulyadi ‘mengganggu’ Aldi yang berusia 8 tahun dengan menyuruhnya berlari, mendaki dan bermain sambil perlahan-lahan mengurangkan jumlah rokok yang diambilnya setiap hari.
Tetapi rawatannya insentif itu memerlukan Aldi pergi ke Jakarta selama beberapa bulan untuk bersama dengan Mulyadi.
“Dia baru berusia 3 tahun dan merokok empat pek rokok sehari,” kata Mulyadi.
“Saya yakin kerana dia masih muda. Secara psikologi, sebagai seorang kanak-kanak, dia sangat fleksibel dan mudah disembuhkan.”
Dan, apa yang difikirkan pakar itu benar.
“Saya tidak mahu merokok lagi, saya tidak mahu sakit,” kata Aldi, yang kini mahu membantu kanak-kanak lain menjalani pemulihan yang sama.
“Tolong jangan merokok, jangan sesekali mencubanya, sukar untuk berhenti,” katanya. -CNN
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbmvrR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment